Followers

Friday, December 2, 2011

:: Muslimah tidak guna...........???? ::

Apakah pendapat kalian dengan tajuk ini..??
Perlu atau tidak untuk membangkang tajuk kali ini..??
Siapakah anda...??
Muslimah atau sekadar seorang perempuan...??
Apakah benar anda seorang muslimah yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi setiap laranganNya..??
Atau sekadar melaksanakan atas kemampuan bukan sebagai kewajipan..????
Siapakah anda...???

Seorang muslimah itu tak guna.......betul ke...??
Jom baca di bawah...^_^ dan jangan marah tau..hehe


1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Jadi, siapakah kita..??
Siapakan anda...??
IMAN yang menentukan segala.......^_^
SeLaMaT BeRaMaL......^_~


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)

Monday, November 14, 2011

Pencipta dan dicipta..


Allah...Apakah pengorbananku untuk Islam..??
Apakah sudah cukup amalanku yang akan aku titipkan di Akhirat kelak..??
Aku sedar...semua ini adalah pinjaman...
Namun, apakah aku membalasnya dgn amalan2 yg baik..??

Allah...
Apakah aku sekadar Islam pada nama...??
Sudahkah aku menyampaikan dakwah dan ilmu Islam kpd masyarakat...??
Aku cukup sedar...
Aku adalah Khalifah..
Aku juga pendakwah..

Namun apakah aku melaksanakan ia dgn sebaik-baiknya..??
Atau ianya dipandang sepi olehku...??








Namun tujuan adalah satu iaitu saat berjumpa dengan Rabbul ‘Alamin..
Berakhir seluruh apa yang kita lewati
Dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya iaitu berjumpa dengan Allah..
Hadirin hadirat ingatlah..
Andaikan suatu saat bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah
Di saat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita
Dan wajah kita dibuka, dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita
Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kerabat
Di saat itu tidak ada kekasih, di saat itu tidak ada jawatan
Di saat itu tidak ada harta..
Itulah hadirin hadirat..kita sendiri..
Dan di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir
Yang mengingat Allah, dan Allah mengingatnya
Yang merindukan Allah, Allah merindukannya
Dialah yang Maha Baik, Dialah yang Maha Mulia
Setelah kita diberi kehidupan,diberi jasad
Lantas Allah meminjamkan pula dunia ini beserta isinya
Meminjamkan matahari, meminjamkan bulan
Meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan
Meminjamkan air dan lautan..
Yang kesemuanya adalah milik ALLAH..
Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya
Tidak pula berdoa untuk meminjamnya
ALLAH yang memberinya sebelum kita meminta
Hadirin hadirat..
Demikian luasnya rahmat Ilahi..
Dan kasih sayangNya melebihi semua kasih sayang
Melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita
Melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita
Hadirin hadirat..
JANGAN tahan lidahmu menyebut nama ALLAH
JANGAN berat menyebut nama ALLAH
Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama ALLAH…?

::titisan air mata di atas sejadah::


♥♥. Di atas Sajadah Cinta ♥♥


Tika ujian datang menghampiri...
tika ini kesesakan menghantui..
Ku cuba menjauhkan diri..
Tapi ia tetap tidak pernah jemu mendatangi diri..

Ya Tuhan, betapa daku perlukanMU..
petunjuk dari Ilahi..
menentukan perjalananku suatu hari nanti..




Aduanku kepada hambaMU tidak lg bermakna..
Air mataku terus mengalir..
Allah..
Pendengar setia dgn luahanku..
Penasihat yg terbaik di setiap langkahku.. 

Sungguh, 
ketika kerinduan ini membuncah..
Ketika rasa ini membelenggu jiwa..

Ada rasa tersiksa menghujan di dalam dada..
Ku langkah lesu kakiku dan sucikan diri..
Ku bentangkan sejadah  cinta ini.. 
Ku sujud dalam hening malamku..
Ku bersimpuh dan berdoa...


Ya Robb, betapa rasa ini begitu menyiksa..
Adakah penawar tuk bisa tenangkan diri..
Ku cuba terus berzikir, bertasbih dan bertahmid..
Dari ketidak berdayaan diri..
Dia yang kini melumpuhkan hatiku..


Ya Robb, jika rasa itu ada untuknya..
jgn biarkan rasa cintaku pdnya..
melebihi rasa cintaku padaMU..
Biarlah rasa inimengalir apa adanya..


Ya Robb, hanya di atas sejadah cinta ini..
Saksi bisu atas titisan air mataku..
Dari rasa ketakutan dan kegelisahanku..
segala ku curahkan kpdMu..
kerana hanya Engkau tempat sebaik-baik mengadu..
Di atas sejadah ini ku rajut cinta kasihMU.......

Sunday, October 23, 2011

;; PerSeDiaAaN Dan CiRi-CiRi yG SeBeNar SeOrAnG Da'ie;;

Assalamualaikum semua...~_~


Allahu Robbi...sudh berapa bulan tiada mse utk create post...alhamdulillah, Allah memberi ruang lg, utk saya berkongsi ilmu kepada pembaca...^_^
Pada pagi sabtu  (semalam) , Allah telah mentakdirkan utk saya menjadi orang pertama utk menyampaikan atau berkongsi ilmu kepada sahabat2 lain...alhamdulillah...


Saya memilih tajuk " PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG DAI'E DAN CIRI-CIRINYA"...


Ramai yang sedar mereka dicipta di dunia ini adalah utk mencari ilmu, tapi tidak semua sedar mereka adalah pendakwah yang mana tidak lain tidak bukan bg meneruskan perjuangan utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w...Besar harapan agar semua umat Islam mendapat kesedaran dan membantu menegakkan syiar di muka bumi ini..Baik, adakah sahabat2 semua sudah maklum mengenai tugas antunna...?? apakah sudah sedia utk mengetahui persediaan ciri2 sebagai seorang Da'ie..??.Riak-riak semangat mula kelihatan sebaik sahaja saya memulakan kalam muqoddimah di Raudhah Ilmu...Besar harapan timbul di atmaku, agar setiap kalam diberi perhatian dan disematkan dlm jiwa pendengar2, juga diriku... 


Pelbagai persediaan perlu dibuat bg seorang yg bergelar Da'ie...utk apa..?? utk memudahkan menghadapi sebarang rintangan dan memudahkan setiap urusan yang dilakukan..Antaranya adalah persediaan menerima ujian Allah Taala..Sudah lumrah hidup seorang pejuang yang tidak akan lari dari ujian dan tarbiah dr Allah swt..bagaimana utk tabah hadapi dugaan ini..?? dengan Iman...^_^
Seterusnya ialah, bersedia utk bekerja...Ketiga, persediaan Ilmu Pengetahuan..sebagai seorang pendakwah yang akan menyeru kpd kebaikan dan menyampaikan ilmu agama kpd org lain, pastinya mempunyai bekalan ilmu..mana mungkin menyatakan kebenaran islam andai tidak tahu apa itu islam dan kesyumulan yg ada padanya..Ramai akui mereka adalah islam..tapi tidak tahu serba serbi mngenai intipati islam...jadi, siapakan yang bertanggungjawab memberi percerahan..?? KITA...!! siapa lg klu bukan kita..??


Baik, persediaan yg perlu dibuat seterusnya adalah persediaan menjadikan diri sebagai QUDWAH HASANAH...mana mungkin masyarakat di luar sana boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran..nauzubillah, perbaikilah diri..renungkan kesalahan yg dilakukan dan lakukanlah kebaikan...^_^ Kelima,persediaan membawa kebenaran..keenam, persediaan rohani..Kalau tadi merupakan persediaan2 fizikal yg perlu disediakan , kini persediaan rohani juga merupakan persediaan yg utama.. persediaan rohani yg mcm mane..?? utamakan yang fardhu..yg sunat galakkan pada diri utk istiqomah mengamalkan..Allah tiada menetapkan pengkhususan bg melakukan amalan2 sunat kpg golongan tertentu..seperti solat hajat hnye kpd org yg menuntut ilmu, Qimullail hnye bg mrk yang beriman..siapakah kita yg menentukan..?? apakan mereka2 yg berbaki tidak layak melakukan amalan2 sunat...??jika ia hnya utk yg menuntut ilmu, apakah nelayan, petani..tidak layak..?? Allahu Akbar..!! jgn menghalang org lain utk melakukan amalan2 sunat..hisablah diri sendiri...!! Rohani...kenapa ia begitu penting..?? krn kebersihan rohani menjadikan seorang insan itu bertaqwa, beriman, soleh dan kuat..bahkan, doa dr rohani yg suci, akan mudah dikabulkan Allah Ta'ala..


Kemudian, persediaan kesungguhan dalam bekerja..baik, apakah faktor yg memudahkan kita semua selaku Da'ie utk melaksanakan kerja Islam dgn bersungguh..?? adalah dengan, aqidaah yg sahih, ikhlas, menyedari pekerjaan kita akan dihisab Allah Taala kelak....terakhir, kelapan, persediaan dari segi harta, jiwa dan waktu...Bukan semua yang sanggup mengorbankan ketiga2 elemen ini...Ada yang sanggup berkorban jiwa, tapi tidak sanggup mengorbankan harta dan waktu..Allahu Akbar...Jadikanlah kami Muslimat yang sanggup berrkorban dari segala aspek utk agamaMu Islam....amin........

Seterunya, saya menyambungi halaqah ini dengan CIRI-CIRI yang sebenar pada diri Da'ie...
1) BENAR  - bersifat benar dalam melaksanakan tugan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar...
2) SABAR - kesabaran merupakan tunjang dan senjata utama bg seorang Da'ie yang menyampaikan risalah suci...Di sini, saya memberi kiasan perjalanan seorang pjuang nama Allah... Seorang Da'ie seolah2 meniti jambatan gantung yang mana dibawahnya merupakan gaung yg dalam...ketika berada di tapak pertama, berazam utk menjejaki tapak yg terakhir...tapi, sekiranya Da'ie ini berjalan dgn keadaan yg gopoh gapah, mengkhuatirkan diri terjerumus ke bawah...jika berjalan sambil lewa, khuatir terjatuh di dalam gaung...jadi, semestinya Da'ie ini berjalan dgn berhati2... Baik, nampak tak persamaan kehidupan seorang Da'ie dgn kiasa meniti titian ini...?? Sebagai Da'ie pastinya melaksanakan dgn pnuh kesabaran walaupun pelbagai ujian yg perlu dilalui...ingat, bukan mudah melalui kehidupan seorang Da'ie...krn apa..?? krn Allah ingin melihat kesabaran dalam diri dan seterusnya meningkatkan  keimanan kita..Allah itu tidak zalim, bahkan membantu kita dalam peningkata iman.....-_~
3) BELAS KASIHAN - sampaikan;lah ilmu dengan kasih sayang bukan dgn keganasan...krn setiap seruan ada usulubnya tersendri...tidak sama dgn pelbagai peringkat, sperti kanak-kanak, remaja dan org tua...juga lain juga dengan org asli...kerana saya sendiri ada pengalaman menyampaikan kpd org asli..^_^ sanagt menguji diri...
4)RENDAH DIRI - Kalau kita lihat, para Ulama. , Syayakhih di Mesir ini...sgt2 berilmu agama seolah gedung ilmu , tempat utk kita semua rujuk..tapi, apakah mereka menyampaikan dgn penuh bongkak..?? riak..?? tidak...bahkan semakin berilmu, mereka semakin tawaduk... berbeza dgn masyarakat kita, dan mungkin dikalangan kita sendiri... sombong dgn ilmu , riak dlm menyampaikan..Allah..! moga sentiasa dilindungi dari sifat2 mazmumah....amin..
5)PERSAUDARAAN KRN ALLAH - Rasulullah sentiasa mengingatkan tentang kepentingan bersaudara kpd para sahabat...mustahil, ada yang boleh hdup bersendirian tanpa jemaah...mustahil... Dengan eratnya ukkhuwah yg terbina..dapat menjamin keperluan ummah , kesatuan saf dan membawa kejayaan...
6)MALU - malu utk melakukan perkara yg bertentang dgn syariat Ilahi..
7)MENJAUHKAN DIRI DR MELAKUKAN PERKARA YG HARAN & SYUBHAT
8)MENUNDUKKAN PANDANGAN
9)MENJAGA LIDAH - sebagai Da'i pastinya menjaga lidah..dan tidak memiliki "lidah bercabang"..
10)MUHASABAH & MURAQOBAH - sentiasa muhasabah kelemahan dan kesalahan yg dilakukan..dan perbaiki dgn amalan kebaikan....


Alhamdulillah...penyampaian ini berakhir dgn baik...smoga diberi lg ruang dan peluang oleh Allah utk menyampaikan pd lain hari dan lain tajuk...insyaAllah...^_^


Thursday, September 8, 2011

::aPaKah ErTi TaKbIr KemEnAnGan Yg SebEnAr..??::

 ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD...


 Itulah takbir yang memecah kesunyian pagi menandakan hari kemenangan bagi umat Islam yang benar-benar ikhlas beribadat untuk Rabbnya. Itulah juga takbir yang menandakan berlalunya bulan yang penuh keberkatan yang akan ditangisi pemergiannya oleh mereka yang benar-benar dekat dengan Rabbnya. Bagi yang benar-benar bertakwa, mereka akan merasa sangat berat hati berpisah dengan bulan yang penuh barakah dan maghfirah ini, terlalu sekejap dirasakan. Namun, singkat panjangnya Ramadhan telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan apa yang boleh kita lakukan sebagai makhluk yang terlalu lemah ini adalah mengharapkan agar Allah menemukan lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang. Apa yang penting ialah kita tetap istiqamah beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah, samada di bulan Ramadhan mahupun bulan-bulan berikutnya. Dan amat penting untuk kita memahami bahawa ibadah itu bukan sekadar puasa, solat, haji atau ibadah-ibadah mahdhah (ritual) lainnya, tetapi ibadah itu mencakupi semua perkara yang diwajibkan atau diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala atau dengan kata lain mematuhi segala perintah dan larangan Allah itu adalah ibadah


Adakah Kita Bertakbir Di Dalam Kemenangan??

Kita sering mendengar dan memperkatakan bahawa Eidul Fitri merupakan Hari Kemenangan kepada mereka yang berpuasa. Benar, kita tidak menafikan kenyataan ini dilihat dari konteks pencapaian setelah berpuasa itu sendiri. Persoalannya, apakah umat Islam itu telah meraih kemenangan sebagaimana yang Allah perintahkan? Apakah umat Islam itu benar-benar telah mencapai kemenangan sebagaimana kemenangan yang telah dicapai oleh Rasulullah dan para sahabat? Apakah kemenangan setelah berpuasa sebulan merupakan kemenangan hakiki umat Islam sehingga tidak ada lagi perjuangan untuk mencapai kemenangan sesudah itu? Apakah Takbir Kemenangan yang kita laungkan tidak mengingatkan kita tentang kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Rasulullah dan para Khulafa’ setelah mereka berjaya menguasai dunia dan menerapkan hukum Allah di atasnya?

Rasulullah dan para sahabat berpuasa dan mereka berdakwah untuk menyebarkan agama Allah. Mereka berpuasa dan mereka berjihad untuk menyebarluaskan Islam. Mereka berpuasa dan mereka pastikan bumi ini tidak diperintah kecuali dengan hukum Allah semata. Mereka berpuasa dan mereka pastikan agama Allah adalah agama yang menakluki dunia. Rasulullah dan para sahabat berpuasa dan mereka benar-benar berjuang memastikan kemenangan Islam dan kaum Muslimin. Inilah kemenangan hakiki umat Islam sebagaimana yang telah ditunjuk dan diperintahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukan sekadar kemenangan di dalam menunaikan ibadat puasa semata-semata

Wahai kaum Muslimin! Periksalah dengan hati yang ikhlas, adakah takbir kita sebagaimana takbir Rasulullah? Ada sebahagian dari kita bertakbir dengan linangan air mata, kerana apa? Sebahagiannya kerana mengingati kampung halaman, sedih kerana tidak dapat beraya di kampung. Sebahagian lagi sedih kerana mengingatkan sanak saudara yang telah pergi (meninggal). Sebahagian yang lain menangis kerana irama takbir yang sayu dan menyentuh perasaan. Inilah di antara kesedihan sebahagian dari umat Islam. Kita seharusnya turut bersedih menyaksikan ’kesedihan’ ini ... kerana apa? Kerana kita mengharapkan air mata yang bercucuran adalah kerana mereka benar-benar memahami kalimah takbir, menyedari hakikat perpecahan umat Islam, menyedari bahawa kehinaan yang Allah timpakan kepada kaum Muslimin sekarang adalah natijah dari tidak diterapkannya hukum-hukum Allah. Kita mengharapkan air mata berlinangan tatkala takbir dikumandangkan kerana umat Islam menginsafi dosa-dosa mereka sendiri yang tidak berusaha untuk menegakkan agama Allah. Kita mengharapkan air mata bercucuran kerana umat Islam benar-benar memahami kalimah takbir – mereka sedar bahawa laungan takbir ini berkumandang di dalam keadaan umat Islam hari ini ’mencapai’ kekalahan demi kekalahan, kelemahan demi kelemahan, kehinaan demi kehinaan. Kita mengharapkan mereka bersedih kerana kemenangan hakiki belum lagi dicapai. Kita inginkan air mata mengalir kerana bersedih mengumandangkan bertakbir di dalam kekalahan, bukan kemenangan.

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa kita bertakbir untuk membesar dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebahagian kita bertakbir dengan penuh perasaan di dalam masjid, tetapi apabila di luar masjid mereka takbur kepada Allah. Mereka berhukum dengan hukum selain Allah. Mereka mengambil sistem yang lain dari sistem Allah. Mereka berjuang dan mempertahankan sistem Demokrasi ciptaan kuffar, mereka memperjuangkan sekularisme, liberalisme, assabiyyah, wathaniyyah dan sebagainya. Mereka mengagungkan kekayaan, kekuasaan, dan kedudukan dengan meninggalkan syariat Allah. Mereka membesarkan hawa nafsu dan kepentingan peribadi. Mereka mementingkan kehidupan dunia yang rendah berbanding akhirat. Mereka memikirkan dunia dan takut akan kehilangan kenikmatan dunia yang sedikit dan lupa akan nikmat akhirat yang tidak terbatas. Kerana semua ini, mereka memilih untuk hidup selesa di dunia dan tidak memperdulikan perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Islam diambil sebagai agama untuk kepentingan peribadi, bukan agama untuk diperjuangkan. Malah lebih buruk, sebahagian dari mereka memandang serong golongan yang berjuang untuk mengembalikan syariat Islam. Inilah sebahagian sikap umat Islam yang takbur walaupun mereka melaungkan takbir kepada Allah

Ana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN..
kepada semua yang mengenali diri ini baik dari kalangan keluarga, sanak saudara guru-guru,rakan-rakan dan semua pembaca...^_^

Salam perantauan dari EGYPT...

Salam Perjuangan yang tiada henti buat semua muslimin dan muslimat...
BERJUANG UNTUK ISLAM.
TAKBIR!!!
ALLAHU AKBAR...!!!

Wednesday, August 17, 2011

::PahLaWaN ReMaJa BaDaR::



Assalamualaikum wbt…^_^

Sedar tak sedar, kita semua telah menjejaki jambatan FASA MAGHFIRAH kan…Sudah 17 ramadhan kita lalui..sekejap je masa berlalu, tau2 je raya..hehe hmm kelas tafaquh Syeikh Nuruddin pon dah lama berakhir,dari awal Ramadhan sehingga 13 Ramadhan… kemudian, di isi pula dgn program2 yan disediakan di sini..antaranya, ihya’ Ranadhan, Iftar Jamaie bersama pelajar2 johor di Mesir, turut serta juga pelajar2 Medik johor..alhamdulillahsebenarnya byk lg, tapi xingat pulak ..hehe Iftar Jamaie baru je berlangsung mlm td,seiring dgn ceramah Badar Kubro yang disampaikan BP PMRAM angkat johor..kemudian pg tadi,Qiamul lail berjemaah dan seterusnya tazkirah selepas subuh yg disampaikan dari Hewi PMRAM angkat johor..Haflah ini disambut meriah dari semua pihak..alhmdulillah…

17 RAMADHAN…banyak peristiwa yg berlaku pada tarihk ini, antaranya PErang Badar Kubro, Perang Anjalut, Nuzul alQur’an , Perang antara Mesir dan Israel dan banyak lg..Niat dihati nak kongsikan pada kali ini mengenai Perang Badar..tapi, pasti semua pembaca dah maklum tentang perang ni.. betul tak..?? ~_~ jadi, nak kongsikan ada cerita yag menarik di sebalik PERANG Badar ini….sebelum tu, nk flashback cikit ingatan kwn2 tentang perang ni…Tentera Islam yang hanya 313 bertemu dgn 1000 tentera kafir di Badar, jumlah ini menunjukkanperkara mustahil utk tntera Islam mndapat kemenangan…tapi, siapa sangka setiap apa yang berlaku berada dlm perancangan Allah s.w.t…inilah peperanagn yang satu2nya mendapat bantuan dari ribuan para malaikat… hebat kan… ada sahabat nak pancung kepala musuh, tapi kepala dh terputus dulu, ada yang nk potong tangan musuh tapi xsempat j, dah terpotong dulu…sahabat2 pon rasa sgt ganjil dan pelik dgn apa yg mereka lihat… agak2 kalau kita ada di sana, Nampak sendiri dgn apa yang berlaku..memg ajib.. ye! ALLAH MAHA AGUNG..!! MAHA KUASA…!!

ok…nak tau pahlawan2 hebat di Prang BAdar ni..?? nak tau, teruskan membaca lah ea..sampai habis..^_^


Suke utk kongsikan kisah pemuda Muaz bin Afra’..yang mana beliau berusia 15 tahun ketika menyertai peperangan ini…Beliau mempunyai saudara bernama Auf bin Arfa’ yg berusia 16 tahun.. Salah seorang antara mereka dtg berbisik kepada Abdul Rahman bin Auf..katanya “ wahai pak cik, adakan pak cik kenal abu jahal..?? aku denagr dia adalah seorang yang paling byk menyakiti Muhammad.Tunjukkan dia kepadaku.Aku ingiin membunuhnya!” Begitulah kemarahan anak muda ini kpd Abu Jahal.Dia mahu membunuh ketua orang Quraisy dlm peperanagn itu.Abdul Rahman terkesima dgn soalan tersebut, tetapi beliau berjanji akan menunjukkan Abu Jahal kepadanya.selepas itu, dtg seorg lagi juga mengajukan soalan yang sama. Pada masa itu, barulah Abdul Rahman tenang di tengah2 dua remaja itu.. Abu Jahal dikawal ketat oleh org2nya.Abdul Rahman menunjukkan kpd 2 remaja itu yang manakan Abu Jahal .Belum sempat Abdul Rahman habis cakap, kedua2nya sudah melompat menuju ketempat Abu Jahal .Mereka merempuh barisan tentera musuh sambil menebas ke kiri dank e kanan orang2 di sekeliling Abu Jahal dgn pedang mereka.Akhirnya, kedua2nya sampai kepada Abu JAhal dan memukul Abu Jahal dgn pedang sehingga Abu Jahal terjatuh.



Semua org tidak menyangka serbuan tangkas drpd 2 org remaja ansar itu.Abu Jahal cedera parah da jatuh tetapi masih bernyawa.Auf yg sedang berada di tengah2 tentera bukan islam itu dibhunuh oleh Ikrimah anak Abu Jahal yg berada hamper dgn ayhanya.Mu’az pula sempat berundur sanbil memerangi tentera bukan islam yg mengasaknya.Akhirnya, sebelah tgnnya terpotong tetapi masih tergantung pd badannya.Dia Berjaya berundur sehingga ke tempat tentera Islam.

Selepas di balut tgnnya, dia terus berperang lagi.tetapi tgnnya yang hmpir putus itu mengganggu pergerakannya.Akhirnya, di pijak tangn itu dengan kakinya sendiri dan diputuskan terus tangannya supaya lebih nudah utk bergerak.Dia terus berperang sehingga syahid dl peperangan Badar.




Thursday, August 11, 2011

:: YaHuDi KeMbALi MeMpeNgArUhi::


assalamualaikum wbt......kepada semua pembaca..^_^

Terdetik di hati ini utk berkongsi kepada kawan-kawan semua tentang kegiatan yahudi yang licik ini..seperti mana yg kita semua sedia maklum bhw yahudi tidak pernah berhenti memikirkan dlm menghancurkan dan menghapuskan nama ISLAM dari dunia ini walaupun sesaat.. berbeza dengan umat islam.. setiap waktu yang kosong itulah digunakan sehabis-habisnya perkara-perkara yang sia-sia.. sedangkan yahudi bertungkus lumus mencari idea2 baru menghancurkan kita..Allahu Akbar..!! Tidak digambarkan betapa sedihnya hati ini bila kita melihat umat Islam sendri yang menolak tepi syariat..bahkan tidak mahu memikirkan tentang umat Islam hatta sedetik.. itukah yg digelar umat Islam..?? umat nabi Muhammad..?? taat kepada Pencipta..?? sedangkan memikirkan tentang umat Islam itu walau sesaat lebih baik dari menuntut ilmu sehari suntuk... Ilmu tanpa agama SESAT , agama tanpa ilmu LUMPUH.. Hmm...ok..kembali kpd tajuk kita... kini, semakin byk agenda2 licik dari yahudi... antara yang baru diketahui adalah penyebaran dakyah pihak yahudi melalui blog... ok..mcm mane tu..?? mcm ni..kwn2 cube pergi kat adress blog ana kat atas tu.. pd perkataan "blogspot", sila buang huruf s dan kemudian akn menjadi "blogpot"... kemudian tekan enter... so, apakah yg kalian jumpe..???

^_^
Mujurlah bhs inggeris kan..? tapi, tak mustahil ke klu ada yang terpengaruh dengan artikel tu..?? moga kita dan semua umat Islam di thabatkan iman.. ya Allah, teguhkanlah iman kami, jgn biarkan kami mudah goyah dan terima sebarang kata-kata, artikel dan sebagainya yg boleh menjadikan aku jauh dari pandanganMu...amin..amin ya Robbal A'lamin...^_~

Jadi, apakah peranan kita..?? apakah ada sebarang usaha kita selama ini utk menyelamatkan Islam..?? Bagaimanakah usaha kita dalam dakwah Islam..?? Allahu Robbi..adakah hanya cukup dgn berdoa shj...?? . semoga setiap nafasku mendapat keredhaanMu... tepuk dada tanya IMAN...!! "setiap kali Islam di injak, hatiku bagai ditusuk..." sekian utk post kali ini..wassalam.

Tuesday, August 9, 2011

::Lakar Pena Menyentuh Maya::


Assalamualaikum w.b.t.

Jari ini kembali menyentuh keyboard yang sekian lama menyepi.Walaupun seringkali aku menghadap laptop, namun tiada kesempatan utk aku nukilkan kepada pembaca yang setia menanti...^_^ terima kasih daun keladi, harap-harap dapat singgah byk kali...hehehe hmm..apa yang nk dikongsikan kali ni ye...? sebelum tu, ana mengambil kesempatan dan rasanya tidak terlambat utk mengucapkan Salam Ramadhan Kareem dan selamat menunaikan ibadah...'',) hampir sebulan lebih tidak dapat menghantar sebarang nukilan ke dalam blog ni..maaf katsir bg mereka yang menunggu blog ni di "update'kan.. Sebenarnya, tugasan diri yang byk dan taklifan2 yg diberikan merupakan antara faktor blog ini sunyi..tapi tak bermakna sunyi dari esakan2 kehadiran pelawat..cewah..hehe

Ok..sebenarnya byk yang ingin dikongsikan selama sebulan ini..apa yg berlaku dlm hidupku,sekitarku dan sebagainya..tapi, post kali ini..ana nak kongsikan perkara yang paling baru..apa dia..??
Untuk pengetahuan, kami mengadakan satu program yang dinamakan "KREATIF'11"...Program ini lebih kepada mencungkil minat ahli2 Johor terutamanya dalam bidang penulisan,suntingan video dan reka bentuk grafik...Alhamdulillah, program ini dapat berjalan seperti yg diharapan.Program ni berjalan selama 2 hari, hari ini merupakan hari pertama dan InsyaAllah. esok merupakan hari yg berbaki... Hari ini, perbentangan atau bengkel tentang penulisan kreatif dan non-kreatif...Memang best la..!!!btol..tak tipu.. Bengkel biasanya akan menguji para peserta kan..? jadi, adalah ujian2 yang diberikan..tapi taklah berat mana pun..just tulis puisi atau cerpen je...hehe tapi itu untuk slot pertama..belum slot kedua lg...

Bagi slot pertama..kami diarahkan membuat puisi atau cerpen berdasarkan satu video selama 30 minit shj.. mula-mula taradud jugak nk pilih puisi atau cerpen...? dua-dua best... akhirnya inilah bakat ana....hehe


“Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipiku.Ombak menderu
menghempas pantai.Mataku tertumpu kepada kicauan burung yang menyanyi
riang.Andai aku menjadi seperti burung itu, akan aku terbang sejauh hamparan
bumi agar mampu lari dari tekanan yang aku hadapi.Panahan demi panahan sakit
menghantui atmaku.Pandanganku sepi.”





Amacam..?? best tak cerpen
ana..? hehe sekadar cuba keluarkan bakat yang tersimpan... Pembentang membaca
antara cerpen dan puisi yg terpilih dari kalangan akhawat mahupun ikhwah... kiranya,
cerpen ana juga antra yang terpilih.. yang kelakarnya, ustaz pembentang pening
dan semakin pelik…sebab ape..? rase2nye..? :D sebab majoriti akhawat menulis,
pasti ada mngenai burung, tak kira lah burung terbang, kicauan burung dan
sebagainya..Sedangkan dalam video tu tak kelihatan brung lagikan pula bunyi
burung. Takpela, kata suruh imaginasi…kan dah betul2 imagine…hehe



Untuk slot kedua pula, bagi
penulisan non-kreatif.. Pembentang juga dari kalangan ustaz..ada juga tugasan
yg perlu kami buat… ”anda ingin buat satu buku yang tip top, tajuk dan rangka
perlu dibuat awal…” jadi, kami dibahagikan beberapa kumpulan dan berbincang…
Mamang byk idea yg nak dicurahkan mngenai buku apa yang ingin kami terbitkan…hehe
akhirnya, hasil dari kerjasama dan budi bicara masing2 kami pilih satu tajuk
yang agak gempak sikit…jeng..jeng..jeng… tajuknya “REVOLUSI ISLAM…Bawa hatimu
bersama Islam..” Memang ada hadaf yang ingin disampaikan dalam buku ni..kalau
nak tau..beli la ea beli dikeluarkan nanti..hehe InsyaAllah.. Dalam buku tu
nanti akan kami hamparkan kepada pembaca mengenai kebangkitan yang berlaku
dalam setiap Negara Islam.. Bgaimana boleh berlaku..? Apakah factor berlakunya
Revolusi ini..? pastinya setiap Negara berbeza jalan ceritanya… akhirnya, kesedaran dan keprihatinan kita
sebagai umat Islam merupakan fakrot pertama dalam kebangkitan Islam..InsyaAllah….
setiap kumpulan membentangkan rangka buku masing2 dan mnerima kritikan ilmiah
serta dorongan supaya menjadi penulis terbaik..



Alhamdulillah…. Sebenarnya apa yang ana
nak sampaikan.. sebagai mahasiswa, kita tidak seharusnya hanya menumpu kepada
ilmu pengkuliahan sebaliknya menyertai dan mencari ilmu-ilmu lain sperti
penulisan salah satunya…sebab ape..?? Kita sebagai pendakwah bukan hanya
mendakwah melalui lisan , kata-kata..bahkan, inilah antara jalan atau medan
untuk menyampaikan dakwah Islamiah.. ok, God Luck untuk semua… akhir kalam, bg
kawan2 yang mempunyai blog… jadikanlah ia sebagai MEDAN DAKWAH dan bukan hanya
merupakan sebahagian diari hidup semata-mat… Tidak mustahil, dengan penulisan kita, mampu
melembutkan dan menjernihkan hati2 mereka yang jauh dengan asyikan pentas dunia…
Semoga Allah membantu satiap tindakan kita..amin..

Wassalam…….



Sunday, June 26, 2011

:::keIndAhaN imTihAn :::



Hari demi hari, detik demi detik, tanpa disangka telah berlalu 3 paper untuk sem kali ini, tapi ada 6 paper lagi yg masih menanti...Allahu Robbi...



Tibe2 terkenangkan zaman lalu.....zaman sekolah dulu...^_^



Kalau dulu, selepas balik dari dewan peperiksaan, suka semak jawapan...buka buku semula lihat jawapan betul ke tak yang dh jawab tadi...tapi...........kenapa bila di sini, tiada lg keberanian dan rasa ingin semak itu, seolah2 telah lenyap... kini, balik dari peperiksaan , masukkan kertas soalan dalam laci dan kunci....huhu mungkin pelajar2 al Azhar je yg tahu perasaan ini....sebb mereka merasainya juga..



Kalau dulu, ada soalan objektif, bila balik, semak sambil tanda sendiri dan kira markah....tapi....kini tak ada soalan objektif lagi...

Kalau dulu, dewan peperiksaan ditempat yg selesa..tapi kini, sebelah tandas pon jadi...

Kalau dulu, tak beri keluar awal..tapi kini, kena paksa keluar awal....



Kalau dulu, hafaz sungguh2 dah confirm MUMTAZ dlm imtihan..tapi kini, bergantung pada ilmu dan rezeki...

Kalau dulu xpaham, hafaz buta pon boley...tapi kini, kena celikkan juga, tak boley buta2 ni.. bila xpaham, xmasuk otak, xdapatlah jawab pekse.....

ape-ape pon yg terjadi kini, yang berbeza dgn yang lalu..aku tak pernah rasa kesal dlm diri...bahkan bangga sebab dapat rasai...dapat mendidik diri supaya sentiasa bersabar dan bersyukur....begini rupanya kehidupan Ulama' yang penuh kesederhanaan tapi ilmu diberkati , hidup diredhai Allah...Allahu Akbar...

Ya ALLAh, campakkanlah kesyukuran dalam diri ku dengan setiap apa yg aku nikmati... Selitkanlah kesabaran dalam jiwa dengan apa yg aku lalui... berkatilah ilmu yang aku pelajari agar dapat aku amali... redhailah setaip langkah dan tindakanku..... amin...



salam imtihan untuk sahabat semua, semoga Allah memberikan kejayaan jepada kita...Bi taufiq wan Najah...^_^

Sunday, June 19, 2011

::: usTazAh PiLihAn...?? :::




Baru-baru ini, muslimah-muslimah di Malaysia digembar-gemburkan dengan program realiti TV yang baru, “Ustazah Pilihan”. Kata mereka (penerbit), untuk mencari ikon muslimah sejati. Dengan ramalan sehangat sambutan Imam Muda, saya yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini...

'Ustazah Pilihan' merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di Astro Oasis. Tujuan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memamaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati. Pendek kata, mana-mana 'ustazah' yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’, sempurna untuk hati seorang lelaki.ye, mungkin ianya merupakan salah satu medium dakwah yang hendak disampaikan kepada masyarakat..
Dan adakah program reliti ini ada link dengan program "wanita melayu terakhir"...?? Yang pada mulanya nampak menarik, menunjukkan wanita itu mampu bekerjaya... sayangnya, ada pula unsur-unsur kemaksiatan.. kerana ada juga peserta yang tidak menutu aurat.. baju ppula dibiarkan ketat... menutup aurat atau membungkus aurat namanya tu..??

kita kembali kepada tajuk hangat kita..jadi,apa pendapat sahabat-sahabat semua tentang program baru ini...?? hm pada saya , sebaik-baik perempuan itu adalah tidak memadang dan dipandang (kembali kepada apa yang dimksudkan dengan kalam Allah dalam surah anNUr:31)

sememangnya perhiasan atau erti kata lain tabarruj yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”...Ditambah lagi dengan firman Allah di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : "Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita....".

jadi, tidak mustahil juga, perhiasan ini digunakan secara berlebihan... hmm antara contoh yang kita nampak sekarang ni, tudung yg pelbagai fesyen.. ye, menutup aurat tetapi tidak mengikut syariat yg ditetapkan.." tutplah kerudung hingga ke dada: surah An Nur: 31...
keduanya, mengundang mata-mata liar para lelaki yang bermasalah hati.. sudah menjadi saham kepada mereka ke neraka apabila melihatnya.. takut-takut "ustazah pilihan" nak dijadikan ustazah teladan menjadi "ustazah idaman"...

Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini : “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”

2. Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.

Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?

*Ianya sekadar pendapat.. tidak mengapa jika ada pihak yang tidak sependapat dengan saya.. andai kata, realiti show ini membawa banyak perkara yang positif berbanding negatif, dan tiada unsur2 kemungkaran insyaAllah.. urusan akan dipermudahkan....

wait n see je la ye ape yg hendak didampaikan oleh penerbit "ustazah pilihan" ni...^_^ sebagai seorang muslim mahupun muslimah, demi menjaga agama suci kita... BUKALAH MATA..BUKA HATI.. moga Islam kembali dengan gahnya walaupun dalam keadaan ghuraba'.....ye Islam itu datang dan kembali dalam keadaan yang sama iaituu GHURABA'..(ASING)...moga kita tergolong dalam golongan GHUROBA" itu...amin...

:: DaHsYatNya NeRaKa ::

Neraka adalah tempat penyiksaan bagi mahluk Allah yang membangkang. Mereka adalah orang-orang yang membangkang terhadap syariat Allah dan mengingkari Rasulullah saw. neraka sering disebutkan dalam kitab suci Al-Qur'an dan jumlahnya sangat banyak sekali. Dalam bahasa Arab disebut naarالنار (ar)* (an-nār).

Siapapun orang yang dimasukkan ke dalam neraka, dia tidak akan keluar darinya. Pintu neraka berdiri kokoh dan tertutup rapat. Itulah penjara bagi orang-orang yang menganggap remeh berita tentang pengadilan akhirat.

Ada juga orang-orang yang terakhir kali masuk surga, setelah mereka di siksa sesuai dengan dosa-dosanya yang telah mereka perbuat.

Didalam Al-Qur'an disebutkan bahan bakar neraka adalah dari manusia dan batu (ada yang mengartikan berhala). Pintu gerbang Neraka di pimpin oleh Malaikat Malik, yang memiliki 19 malaikat penyiksa di dalam Neraka, salah satunya yang disebut namanya dalam Al-Qur'an adalah Zabaniah.Siksaan di dalam neraka yang paling ringan diberikan sandal api yang bisa membuat otak mereka mendidih. “Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya karena panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim)

Antara kisah yg berlaku dineraka...: **Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama...-lamanya. Ia amat menakutkan d...an membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.” Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian. Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan. Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti. Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, ✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.” Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga. ✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.” Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka. ✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.” Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang. ✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.” Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan. Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan? Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu. ✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.” Satu suara menjelaskan kepada saya. Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah. Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain. Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu. ✿Na’uzubillah, Ajirna minannar. ✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya? kerana apa...?? kerana matlamat tidak menghalalkan cara...ok, klu betul nak ajak makwe round2 sekitar bandar, pekan dgn naik motor..boley,tiada masalah..dengan syarat bapa kepada awek tu duk tengah2 antara lelaki dan perempuan... haa bru boley, bwk lah hang nk ke mana pun... haa amacam..?? ade berani..?? *-* ✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk" Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan. “Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,” ini satu lagi kesalahan yang umum, yg biasa kita melihat... memuji perempuan duk lalu," seksi na dia"..."fuh, lerekan mata dia menusuk hat aku" dan ayat2 yg sekutu dengan nya...alangkah berkatnya, bahkan menambah pahala bilamana bibir sentiasa mngucap pujian kepada ALLAH.."Allah,cantiknya ciptaanMU".. susah sangat ke nak puji Sang Pencipta dari makhluknya...??

moga sama-sama kita mengambil iktibar mengenai kisah-kisah di atas, dan moga kita tidaklah tergolong dari golongan2 yang dijanjikan ke neraka...nauzubillah...sama-sama kita muhasabah diri APAKAH TUJUAN HIDUP KITA....??? ^_^

Thursday, May 19, 2011

apabila umat Islam menghina hukum2 Allah dan sunnah Rasulullah...!!



Umat yang menghina Agama atau Umat yang menegakkan Agama yang perlu kita sanjungi dan hormati....??

Sayang seribu kali sayang, andai umat Islam sendiri yg menjatuhkan Islam..yang menjadi barua dan mata-mata kepada pihak Yahudi...Inilah sebenar2 pengkhianat Agama...!! Allahu akbar.. andai Rasulullah masih ada, pasti air mata baginda mengalir di pipi........ moga kita semua tidak tergolong dr golongn yang merosakkan Agama Allahu Ta'ala...insyaAllah.... janganlah kerana kerisauan tentang dunia menjdikan kita jauh dari Rahmat Allah....

Berikut merupakan antara petikan2 yang menggambarkan hukum Allah tidak sesuai dilaksanakan zaman sekarang.... juga petikan2 dari org yg mnghina sunah Rasulullah sendiri..

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri,Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan k
epada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata):Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

________________________________________________________________________________________________

LIHAT DAN BANDINGKAN APA YANG MEREKA KATA DAN AL-QURAN KATA:

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)