Followers

Tuesday, February 23, 2010

~*KENAPA PERLU MENGUCAP SALAM??*~

Alhamdulillah....sudah 5 hari ana bertafaquh dengan SYEKH NURUDDIN di bangunan baru negeri Kedah,cairo ini....terlalu banyak ilmu yang beliau curahkan kepada kami semua...
walaupun semua mahasiswa mahupun mahasiswi sedang sibuk dengan urusan kuliah namun mereka tidak ketinggalan utk menimba ilmu yang bermanfaat dari beliau...semata utk mendapatkan keredhaan ALLAH....

tafaquh fiddin ini bermula selepas asar sehingga jam 10.30 malam...jam kini menunjukkan pukul 12.45 malam...masa utk berlayar ke dunia khayalan...akan tetapi hati ini meronta2.. kerana apa? untuk berkongsi ilmu bersama sahabat sekalian....tidak rugi jikalau ana ingin menyampaikan ilmu yang ana pelajari...tidak rugi juga kpd sahabt sekalian utk mendapat ilmu yg bermanfaat bukn...?

malam ini ana tertarik bab mengenai salam dalam kitab AL-ADABUL MUFRAD imam BUKHARI.....sepertima yg kita sudah maklum...MEMBERI SALAM adalah SUNAH dan MENJAWAB SALAM adalah WAJIB...nah..begiitu mudah bukan utk kita mendapat pahala...ALLAH itu tidak zalim...para sahabat tidak ketinggalan utk mndptkn ganjara yg baik seperti ini...malah,ada sahabat nabi yg pergi ke pasar hanya utk mngucapkan salam kpd orang di sana...bahkan terdapat juga dalam kalangan sahabat yg berjalan bersama2 kemudian singgah dan bertemu di bawah tiang atau pokok, kemudian mengucapkan salam...

BAGAIMANA PULA DENGAN KITA??
ADAKAH INGIN MENGETAHUI KELEBIHAN MENGUCAPKAN SALAM?
SESUNGGUHNYA SUNGGUH BESAR GANJARANNYA...

***************
dari abu hurairah r.a: sesungguhnya seorang lelaki berjalan datang ke majlis rasulullah seraya berkata ASSALAMUALAIKUM...baginda berkata:10 kebaikan..
datang lelaki lain dan berkata:ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...
baginda berkata:20 kebaikan....
maka datang lelaki lain pula seraya berkata:
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH......
berkata baginda MUHAMMAd S.A.W:30 kebaikan...

alhamdulillah...dengan ucapan salam sahaja, kita akan mendapat ganjaran yang byk...
bukan sukar utk mngucapkan salam bukan...

***************
dari abu zubair..dia mendengar Jabir berkata; berilah salam orang yg menunggang kpd orang yang berjalan...dan org yg berjalan kpd orang yg duduk..dan sesiapa yg memulakan salam adalah lebih baik...

hadis ini juga menyaran agar kita sesama muslim mengeratkan lg ukhuwah...
di samping mendapat pahala dr ALLAH insyaALLAH..

***************
dari abdullah bin omar, sseorang lelaki bertanya kpd rasulullah;
wahai rasulullah..apakah perkara yg baik dlm islam?
maka Rasulullah bersabda:menyediakan makana dan memberi salam kepda orang yang kamu kenali dan orang yg kamu tidak kenali...

jadi, walaupun kita tidak mengenali seseorang muslim itu disunatkan utk mengucap salam..di bumi MESIR ini, sudah mnjadi adat kami saling mngucapkan salam sesama muslim...seperti menaiki teksi,di kuliah,di pasar,dan sebagainya...negara yang berbeza tidak menjadikan ia sebagai alasan..utk tidak mngucapkan salam sesama muslim...

****************
dari ibnu amru bin al as berkata: janganlah kamu memberi salam
kepada orang yang minum arak

siapakah dia fasiq? orang yang terus menurus melakukan dosa kecil...
ana nyatakan contoh yg biasa berlaku di negara kita...
dua org pasangan yg tidak mempunyai sebarang ikatan yg di halakan oleh syara' sedang bersama di bawah pokok misalnya...
maka haram bg kita utk mengucapkan salam kepada mereka...
kerana apa? ape yg adaa dalam perkataan salam?
ASSALAMUALAIKUM: sejahtera ke atas kamu semua....
maka layakkah perkataan ini di tujukan kpd org yg sedang membuat maksiat..??

**************
dari al miqdad bin al aswad:sesungguhnya NABI MUHAMMAD S.A.W datang ke rumah seorang sahabat pada waktu malam..maka baginda memberi salam
yg tidak mengganggu orang sedang tidur...dan di dengar oleh orang yg sedar....


sungguh mulia sifat nabi yg kita dpt lihat dr hadis ini...
''mengganggu orang yg tidur itu adalah HARAM''

**************
dari ibnu abbas r.a berkata: sesungguhnya aku melihat menjawab salam
dalam kertas seperti menjawab salam seperti biasa

terlalu remeh ia i anggap oleh masyarakat kita sekarang..bukan sukar,malah hanya menjawab salam....mudah...
contoh yg boleh kita praktikan..mendapat surat dr keluarga atau kenalan pena..sudah pasti jika pengirimnya org islam maka surat itu akan dimulai dengan salam..
jadi apabila kita membacanya, justeru mulut terus menjawab salam..
contoh yg lain..apabila mendapat sms...perkataan pertama adalah salam bukan..?
nah..di sini ramai yg tidak perasan hukum wAJIB menjawabnya...
insyaALLAH mari kita sama2 mempratikkan mngucap dan menjawab salam..
semoga ALLAH memberi ganjaran yang melimpah ruah kpd kita semua...
insyaALLAH...
amin....
wallahua'lam..


2 comments:

  1. Assalamualaikum, salam kenal mbak, saya muslim Indonesia yang sedang belajar di Jepang, terima kasih artikelnya, saya pakai untuk referensi menyebarkan salam sesama muslim di Jepang

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam w.b.t...salam ukhuwah...owh..boleh silakan,xde masalah jika saudari menjadikan ia sebagai medan dakwah di tempat saudari...inysaALLAH mudah2an ALLAH memberkati saudari...amin...

    ReplyDelete