Followers

Wednesday, August 17, 2011

::PahLaWaN ReMaJa BaDaR::



Assalamualaikum wbt…^_^

Sedar tak sedar, kita semua telah menjejaki jambatan FASA MAGHFIRAH kan…Sudah 17 ramadhan kita lalui..sekejap je masa berlalu, tau2 je raya..hehe hmm kelas tafaquh Syeikh Nuruddin pon dah lama berakhir,dari awal Ramadhan sehingga 13 Ramadhan… kemudian, di isi pula dgn program2 yan disediakan di sini..antaranya, ihya’ Ranadhan, Iftar Jamaie bersama pelajar2 johor di Mesir, turut serta juga pelajar2 Medik johor..alhamdulillahsebenarnya byk lg, tapi xingat pulak ..hehe Iftar Jamaie baru je berlangsung mlm td,seiring dgn ceramah Badar Kubro yang disampaikan BP PMRAM angkat johor..kemudian pg tadi,Qiamul lail berjemaah dan seterusnya tazkirah selepas subuh yg disampaikan dari Hewi PMRAM angkat johor..Haflah ini disambut meriah dari semua pihak..alhmdulillah…

17 RAMADHAN…banyak peristiwa yg berlaku pada tarihk ini, antaranya PErang Badar Kubro, Perang Anjalut, Nuzul alQur’an , Perang antara Mesir dan Israel dan banyak lg..Niat dihati nak kongsikan pada kali ini mengenai Perang Badar..tapi, pasti semua pembaca dah maklum tentang perang ni.. betul tak..?? ~_~ jadi, nak kongsikan ada cerita yag menarik di sebalik PERANG Badar ini….sebelum tu, nk flashback cikit ingatan kwn2 tentang perang ni…Tentera Islam yang hanya 313 bertemu dgn 1000 tentera kafir di Badar, jumlah ini menunjukkanperkara mustahil utk tntera Islam mndapat kemenangan…tapi, siapa sangka setiap apa yang berlaku berada dlm perancangan Allah s.w.t…inilah peperanagn yang satu2nya mendapat bantuan dari ribuan para malaikat… hebat kan… ada sahabat nak pancung kepala musuh, tapi kepala dh terputus dulu, ada yang nk potong tangan musuh tapi xsempat j, dah terpotong dulu…sahabat2 pon rasa sgt ganjil dan pelik dgn apa yg mereka lihat… agak2 kalau kita ada di sana, Nampak sendiri dgn apa yang berlaku..memg ajib.. ye! ALLAH MAHA AGUNG..!! MAHA KUASA…!!

ok…nak tau pahlawan2 hebat di Prang BAdar ni..?? nak tau, teruskan membaca lah ea..sampai habis..^_^


Suke utk kongsikan kisah pemuda Muaz bin Afra’..yang mana beliau berusia 15 tahun ketika menyertai peperangan ini…Beliau mempunyai saudara bernama Auf bin Arfa’ yg berusia 16 tahun.. Salah seorang antara mereka dtg berbisik kepada Abdul Rahman bin Auf..katanya “ wahai pak cik, adakan pak cik kenal abu jahal..?? aku denagr dia adalah seorang yang paling byk menyakiti Muhammad.Tunjukkan dia kepadaku.Aku ingiin membunuhnya!” Begitulah kemarahan anak muda ini kpd Abu Jahal.Dia mahu membunuh ketua orang Quraisy dlm peperanagn itu.Abdul Rahman terkesima dgn soalan tersebut, tetapi beliau berjanji akan menunjukkan Abu Jahal kepadanya.selepas itu, dtg seorg lagi juga mengajukan soalan yang sama. Pada masa itu, barulah Abdul Rahman tenang di tengah2 dua remaja itu.. Abu Jahal dikawal ketat oleh org2nya.Abdul Rahman menunjukkan kpd 2 remaja itu yang manakan Abu Jahal .Belum sempat Abdul Rahman habis cakap, kedua2nya sudah melompat menuju ketempat Abu Jahal .Mereka merempuh barisan tentera musuh sambil menebas ke kiri dank e kanan orang2 di sekeliling Abu Jahal dgn pedang mereka.Akhirnya, kedua2nya sampai kepada Abu JAhal dan memukul Abu Jahal dgn pedang sehingga Abu Jahal terjatuh.



Semua org tidak menyangka serbuan tangkas drpd 2 org remaja ansar itu.Abu Jahal cedera parah da jatuh tetapi masih bernyawa.Auf yg sedang berada di tengah2 tentera bukan islam itu dibhunuh oleh Ikrimah anak Abu Jahal yg berada hamper dgn ayhanya.Mu’az pula sempat berundur sanbil memerangi tentera bukan islam yg mengasaknya.Akhirnya, sebelah tgnnya terpotong tetapi masih tergantung pd badannya.Dia Berjaya berundur sehingga ke tempat tentera Islam.

Selepas di balut tgnnya, dia terus berperang lagi.tetapi tgnnya yang hmpir putus itu mengganggu pergerakannya.Akhirnya, di pijak tangn itu dengan kakinya sendiri dan diputuskan terus tangannya supaya lebih nudah utk bergerak.Dia terus berperang sehingga syahid dl peperangan Badar.




Thursday, August 11, 2011

:: YaHuDi KeMbALi MeMpeNgArUhi::


assalamualaikum wbt......kepada semua pembaca..^_^

Terdetik di hati ini utk berkongsi kepada kawan-kawan semua tentang kegiatan yahudi yang licik ini..seperti mana yg kita semua sedia maklum bhw yahudi tidak pernah berhenti memikirkan dlm menghancurkan dan menghapuskan nama ISLAM dari dunia ini walaupun sesaat.. berbeza dengan umat islam.. setiap waktu yang kosong itulah digunakan sehabis-habisnya perkara-perkara yang sia-sia.. sedangkan yahudi bertungkus lumus mencari idea2 baru menghancurkan kita..Allahu Akbar..!! Tidak digambarkan betapa sedihnya hati ini bila kita melihat umat Islam sendri yang menolak tepi syariat..bahkan tidak mahu memikirkan tentang umat Islam hatta sedetik.. itukah yg digelar umat Islam..?? umat nabi Muhammad..?? taat kepada Pencipta..?? sedangkan memikirkan tentang umat Islam itu walau sesaat lebih baik dari menuntut ilmu sehari suntuk... Ilmu tanpa agama SESAT , agama tanpa ilmu LUMPUH.. Hmm...ok..kembali kpd tajuk kita... kini, semakin byk agenda2 licik dari yahudi... antara yang baru diketahui adalah penyebaran dakyah pihak yahudi melalui blog... ok..mcm mane tu..?? mcm ni..kwn2 cube pergi kat adress blog ana kat atas tu.. pd perkataan "blogspot", sila buang huruf s dan kemudian akn menjadi "blogpot"... kemudian tekan enter... so, apakah yg kalian jumpe..???

^_^
Mujurlah bhs inggeris kan..? tapi, tak mustahil ke klu ada yang terpengaruh dengan artikel tu..?? moga kita dan semua umat Islam di thabatkan iman.. ya Allah, teguhkanlah iman kami, jgn biarkan kami mudah goyah dan terima sebarang kata-kata, artikel dan sebagainya yg boleh menjadikan aku jauh dari pandanganMu...amin..amin ya Robbal A'lamin...^_~

Jadi, apakah peranan kita..?? apakah ada sebarang usaha kita selama ini utk menyelamatkan Islam..?? Bagaimanakah usaha kita dalam dakwah Islam..?? Allahu Robbi..adakah hanya cukup dgn berdoa shj...?? . semoga setiap nafasku mendapat keredhaanMu... tepuk dada tanya IMAN...!! "setiap kali Islam di injak, hatiku bagai ditusuk..." sekian utk post kali ini..wassalam.

Tuesday, August 9, 2011

::Lakar Pena Menyentuh Maya::


Assalamualaikum w.b.t.

Jari ini kembali menyentuh keyboard yang sekian lama menyepi.Walaupun seringkali aku menghadap laptop, namun tiada kesempatan utk aku nukilkan kepada pembaca yang setia menanti...^_^ terima kasih daun keladi, harap-harap dapat singgah byk kali...hehehe hmm..apa yang nk dikongsikan kali ni ye...? sebelum tu, ana mengambil kesempatan dan rasanya tidak terlambat utk mengucapkan Salam Ramadhan Kareem dan selamat menunaikan ibadah...'',) hampir sebulan lebih tidak dapat menghantar sebarang nukilan ke dalam blog ni..maaf katsir bg mereka yang menunggu blog ni di "update'kan.. Sebenarnya, tugasan diri yang byk dan taklifan2 yg diberikan merupakan antara faktor blog ini sunyi..tapi tak bermakna sunyi dari esakan2 kehadiran pelawat..cewah..hehe

Ok..sebenarnya byk yang ingin dikongsikan selama sebulan ini..apa yg berlaku dlm hidupku,sekitarku dan sebagainya..tapi, post kali ini..ana nak kongsikan perkara yang paling baru..apa dia..??
Untuk pengetahuan, kami mengadakan satu program yang dinamakan "KREATIF'11"...Program ini lebih kepada mencungkil minat ahli2 Johor terutamanya dalam bidang penulisan,suntingan video dan reka bentuk grafik...Alhamdulillah, program ini dapat berjalan seperti yg diharapan.Program ni berjalan selama 2 hari, hari ini merupakan hari pertama dan InsyaAllah. esok merupakan hari yg berbaki... Hari ini, perbentangan atau bengkel tentang penulisan kreatif dan non-kreatif...Memang best la..!!!btol..tak tipu.. Bengkel biasanya akan menguji para peserta kan..? jadi, adalah ujian2 yang diberikan..tapi taklah berat mana pun..just tulis puisi atau cerpen je...hehe tapi itu untuk slot pertama..belum slot kedua lg...

Bagi slot pertama..kami diarahkan membuat puisi atau cerpen berdasarkan satu video selama 30 minit shj.. mula-mula taradud jugak nk pilih puisi atau cerpen...? dua-dua best... akhirnya inilah bakat ana....hehe


“Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipiku.Ombak menderu
menghempas pantai.Mataku tertumpu kepada kicauan burung yang menyanyi
riang.Andai aku menjadi seperti burung itu, akan aku terbang sejauh hamparan
bumi agar mampu lari dari tekanan yang aku hadapi.Panahan demi panahan sakit
menghantui atmaku.Pandanganku sepi.”





Amacam..?? best tak cerpen
ana..? hehe sekadar cuba keluarkan bakat yang tersimpan... Pembentang membaca
antara cerpen dan puisi yg terpilih dari kalangan akhawat mahupun ikhwah... kiranya,
cerpen ana juga antra yang terpilih.. yang kelakarnya, ustaz pembentang pening
dan semakin pelik…sebab ape..? rase2nye..? :D sebab majoriti akhawat menulis,
pasti ada mngenai burung, tak kira lah burung terbang, kicauan burung dan
sebagainya..Sedangkan dalam video tu tak kelihatan brung lagikan pula bunyi
burung. Takpela, kata suruh imaginasi…kan dah betul2 imagine…hehe



Untuk slot kedua pula, bagi
penulisan non-kreatif.. Pembentang juga dari kalangan ustaz..ada juga tugasan
yg perlu kami buat… ”anda ingin buat satu buku yang tip top, tajuk dan rangka
perlu dibuat awal…” jadi, kami dibahagikan beberapa kumpulan dan berbincang…
Mamang byk idea yg nak dicurahkan mngenai buku apa yang ingin kami terbitkan…hehe
akhirnya, hasil dari kerjasama dan budi bicara masing2 kami pilih satu tajuk
yang agak gempak sikit…jeng..jeng..jeng… tajuknya “REVOLUSI ISLAM…Bawa hatimu
bersama Islam..” Memang ada hadaf yang ingin disampaikan dalam buku ni..kalau
nak tau..beli la ea beli dikeluarkan nanti..hehe InsyaAllah.. Dalam buku tu
nanti akan kami hamparkan kepada pembaca mengenai kebangkitan yang berlaku
dalam setiap Negara Islam.. Bgaimana boleh berlaku..? Apakah factor berlakunya
Revolusi ini..? pastinya setiap Negara berbeza jalan ceritanya… akhirnya, kesedaran dan keprihatinan kita
sebagai umat Islam merupakan fakrot pertama dalam kebangkitan Islam..InsyaAllah….
setiap kumpulan membentangkan rangka buku masing2 dan mnerima kritikan ilmiah
serta dorongan supaya menjadi penulis terbaik..



Alhamdulillah…. Sebenarnya apa yang ana
nak sampaikan.. sebagai mahasiswa, kita tidak seharusnya hanya menumpu kepada
ilmu pengkuliahan sebaliknya menyertai dan mencari ilmu-ilmu lain sperti
penulisan salah satunya…sebab ape..?? Kita sebagai pendakwah bukan hanya
mendakwah melalui lisan , kata-kata..bahkan, inilah antara jalan atau medan
untuk menyampaikan dakwah Islamiah.. ok, God Luck untuk semua… akhir kalam, bg
kawan2 yang mempunyai blog… jadikanlah ia sebagai MEDAN DAKWAH dan bukan hanya
merupakan sebahagian diari hidup semata-mat… Tidak mustahil, dengan penulisan kita, mampu
melembutkan dan menjernihkan hati2 mereka yang jauh dengan asyikan pentas dunia…
Semoga Allah membantu satiap tindakan kita..amin..

Wassalam…….