Followers

Sunday, January 13, 2013

:: Antara adat dan syariat mas kahwin dan hantaran ::


Assalamualaikum semua...:) sihat? iman macam mana..? insyaAllah, mudah2an Allah mencampakkan jiwa-jiwa kita kepada kesedaran untuk berhijrah setiap saat...amin

         Kali ini, saya pilih entri yang berkaitan dengan perkahwinan.. kenapa saya pilih tajuk ini..? mengapakah? apakah saya? huhuu tiada kaitan ok.. saja nak kongsikan konsep sebenar yang dituntut agama.. bayangkan, excited nak tulis tentang tajuk ni sampai menunggu jawapan masa exam, tapi yang datang benda ni.. sabo je la.. apakah ini tandanya sudah dekat..?? hehe


       kakak2, adik2, yg berjiwa muda memang akan rasa excited untuk berkahwin. Namun, ramai yang masih tidak memahami konsep perkahwinan sebenar.. ok, tak nak tulis banyak2, just to the point is.. mengenai MAS KAHWIN atau HANTARAN. sebelum kita melangkah kepada topik yang lebih hangat lagi hangit, nak terangkan sikit pe bende sebenarnya mas kahwin ni..?

       Mas Kahwin ( bhs arabnya adalah Mahar ) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya. Kenapa mesti bagi? sebab ini merupakan hadiah wajib seorang lelaki kepada isterinya kerana menerimanya sebagai suami. k, paham da? Ape beza pulak mas kahwin dengan hantaran ni..? Hantaran pula ialah satu adat yang diamalkan disebut, juga boleh disebut sebagai 'balasan'.

Apakah hukum keduanya?
Mas kahwin hukumnya adalah wajib, sepertima yang telah dinyatakan di dalam surah anNisa ayat 4.

" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian ( yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"

       Mas kahwin ini merupakan hak mutlak isteri, dan suami tidak berhak untuk mengabilnya kembali.
Hantaran pula ialah hadiah kepada setiap pasangan masing-masing, ianya bukanlah hadiah yang wajib. ia terpulang kepada pasangan
     
        Apa yang menjadi masalahnya kini, Mas kahwin diletakkan dengan jumlah yang tinggi.. sehingga membebankan kepada bakal suaminya untuk mencari.. bila perkara ini berlaku, si lelaki akan mencari jalan dengan cara "pinjaman". Kebahagiaan dirasai dengan duit yang banyak, sedangkan kemudharatan sedang menanti. Jadilah satu keluarga yang akan hidup dengan hanya membayar hutang keliling pingang. masa ini lah waktu yang tepat untuk syaitan beraksi, saling menuduh, salah-menyalahkan.. dan akhirnya? keretakan rumahtangga akan berlaku, nauzubillah.

Lain pula ceritanya yang minta tinggi sebab berlawan dengan jiran, kakak, atau orang lain.. laa..kenapa lawan2 sampai tidak fikir tentang orang lain? lawan-lawan cmni Ustaz Azhar kata bodo..!
mung tw bodo tu ape? huhu

       Kaedah Feqh yang berbunyi " menolak kemudharatan dari mendapat kemaslahatan". secara ringkasnya, dari si isteri mendapat kemaslahatn ( harta ), lebih baik menolak kemudharatan ( hutang ) yang akan membawa mudharat ke atas diri sendri.

Rasulullah pon dah pernah bersabda, " Sebaik-baik mas kahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah," ( Abu Daud)

Rasulullah bersabda lagi, "carilah (sesuatu yang boleh dijadikan mahar ) walaupun sebentuk cincin dari besi " (Bukhari dan Muslim )

Rasulullah sampai cakap macam ni sekali.. tujuannya? tidak mnyulitkan orang lain untuk berkahwin..:)

         Tidak kurang juga dengan "kegilaan" hantaran yang mewah. Seperti mana yang kita tahu hantaran adalah adat. Ada Kaedah Feqh yang membincangkan tentang adat, iaitu dalam kaedah " Adat Muhakkamah". Hantaran ini boleh dilaksanakan selagi tiada unsur haram di dalamnya, contoh hantaran arak.. memang haram lah hukumnya.. dan selagi tidak membawa kepada pembaziran. so, tiada salahnya hantaran ini bagi memeriahkan majlis, tapi biarlah berpada. means, tidak menyusahkan , membebankan kedua-dua pihak. Jadi, mengenai hal ini, perlulah mendapat perbincangan yang memudahkan kedua-dua pihak. 

         Berbeza, dengan keinginan hantaran serba satu.. satu set barang kemas, satu set pakaian setiap bangsa.. huh letih kot peluh mengalir dari dahi..huhu. jangan demand sangatlah. biarlah perkahwinan kita tenang, dan bahagia hingga ke syurga..:) kn?

ok, macam nilah.. kalau memang tak nak kahwen kalau tidak dapat mas kahwin 15 ribu serba satu. pe yang lelaki perlu jawab, macam ni..

"boleh 1 pakej, jika kamu 1 pakej sempurna akhlak, iman dan peribadinya.."

amacam?? tertelan air liur? huhu  agak2 kalau hukum-hakam tak tahu, xpyh tinggi2.. seribu pun dah cukup, kata Ustaz Azhar Idrus.

Jadikan hari pernikahan itu, PEMULA HARI KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN, bukan HARI PENDERITAAN..

Dahulukan SYARIAT..tidak mengapa tolak adat.. yang pentingnya kita TAAT...:)





meh dengar, big boh citer tentang mas kahwin ini... fahami konsep ini,  ingat, " barangsiapa yang menyulitkan urusan orang lain, Allah akan menyulitkan urusannya di akhirat.."  selamat mendengar..:)


bagi bakal pengantin, fahami sebenar-benar konsep ini, sekiranya keluarga tidak memahami. jelaskan dengan baik, mana syariat mana adat.. Wallahua'lam..
maaf salah silap..
Assalamualaikum wbt...:)

No comments:

Post a Comment