Followers

Tuesday, February 23, 2010

~*KENAPA PERLU MENGUCAP SALAM??*~

Alhamdulillah....sudah 5 hari ana bertafaquh dengan SYEKH NURUDDIN di bangunan baru negeri Kedah,cairo ini....terlalu banyak ilmu yang beliau curahkan kepada kami semua...
walaupun semua mahasiswa mahupun mahasiswi sedang sibuk dengan urusan kuliah namun mereka tidak ketinggalan utk menimba ilmu yang bermanfaat dari beliau...semata utk mendapatkan keredhaan ALLAH....

tafaquh fiddin ini bermula selepas asar sehingga jam 10.30 malam...jam kini menunjukkan pukul 12.45 malam...masa utk berlayar ke dunia khayalan...akan tetapi hati ini meronta2.. kerana apa? untuk berkongsi ilmu bersama sahabat sekalian....tidak rugi jikalau ana ingin menyampaikan ilmu yang ana pelajari...tidak rugi juga kpd sahabt sekalian utk mendapat ilmu yg bermanfaat bukn...?

malam ini ana tertarik bab mengenai salam dalam kitab AL-ADABUL MUFRAD imam BUKHARI.....sepertima yg kita sudah maklum...MEMBERI SALAM adalah SUNAH dan MENJAWAB SALAM adalah WAJIB...nah..begiitu mudah bukan utk kita mendapat pahala...ALLAH itu tidak zalim...para sahabat tidak ketinggalan utk mndptkn ganjara yg baik seperti ini...malah,ada sahabat nabi yg pergi ke pasar hanya utk mngucapkan salam kpd orang di sana...bahkan terdapat juga dalam kalangan sahabat yg berjalan bersama2 kemudian singgah dan bertemu di bawah tiang atau pokok, kemudian mengucapkan salam...

BAGAIMANA PULA DENGAN KITA??
ADAKAH INGIN MENGETAHUI KELEBIHAN MENGUCAPKAN SALAM?
SESUNGGUHNYA SUNGGUH BESAR GANJARANNYA...

***************
dari abu hurairah r.a: sesungguhnya seorang lelaki berjalan datang ke majlis rasulullah seraya berkata ASSALAMUALAIKUM...baginda berkata:10 kebaikan..
datang lelaki lain dan berkata:ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...
baginda berkata:20 kebaikan....
maka datang lelaki lain pula seraya berkata:
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH......
berkata baginda MUHAMMAd S.A.W:30 kebaikan...

alhamdulillah...dengan ucapan salam sahaja, kita akan mendapat ganjaran yang byk...
bukan sukar utk mngucapkan salam bukan...

***************
dari abu zubair..dia mendengar Jabir berkata; berilah salam orang yg menunggang kpd orang yang berjalan...dan org yg berjalan kpd orang yg duduk..dan sesiapa yg memulakan salam adalah lebih baik...

hadis ini juga menyaran agar kita sesama muslim mengeratkan lg ukhuwah...
di samping mendapat pahala dr ALLAH insyaALLAH..

***************
dari abdullah bin omar, sseorang lelaki bertanya kpd rasulullah;
wahai rasulullah..apakah perkara yg baik dlm islam?
maka Rasulullah bersabda:menyediakan makana dan memberi salam kepda orang yang kamu kenali dan orang yg kamu tidak kenali...

jadi, walaupun kita tidak mengenali seseorang muslim itu disunatkan utk mengucap salam..di bumi MESIR ini, sudah mnjadi adat kami saling mngucapkan salam sesama muslim...seperti menaiki teksi,di kuliah,di pasar,dan sebagainya...negara yang berbeza tidak menjadikan ia sebagai alasan..utk tidak mngucapkan salam sesama muslim...

****************
dari ibnu amru bin al as berkata: janganlah kamu memberi salam
kepada orang yang minum arak

siapakah dia fasiq? orang yang terus menurus melakukan dosa kecil...
ana nyatakan contoh yg biasa berlaku di negara kita...
dua org pasangan yg tidak mempunyai sebarang ikatan yg di halakan oleh syara' sedang bersama di bawah pokok misalnya...
maka haram bg kita utk mengucapkan salam kepada mereka...
kerana apa? ape yg adaa dalam perkataan salam?
ASSALAMUALAIKUM: sejahtera ke atas kamu semua....
maka layakkah perkataan ini di tujukan kpd org yg sedang membuat maksiat..??

**************
dari al miqdad bin al aswad:sesungguhnya NABI MUHAMMAD S.A.W datang ke rumah seorang sahabat pada waktu malam..maka baginda memberi salam
yg tidak mengganggu orang sedang tidur...dan di dengar oleh orang yg sedar....


sungguh mulia sifat nabi yg kita dpt lihat dr hadis ini...
''mengganggu orang yg tidur itu adalah HARAM''

**************
dari ibnu abbas r.a berkata: sesungguhnya aku melihat menjawab salam
dalam kertas seperti menjawab salam seperti biasa

terlalu remeh ia i anggap oleh masyarakat kita sekarang..bukan sukar,malah hanya menjawab salam....mudah...
contoh yg boleh kita praktikan..mendapat surat dr keluarga atau kenalan pena..sudah pasti jika pengirimnya org islam maka surat itu akan dimulai dengan salam..
jadi apabila kita membacanya, justeru mulut terus menjawab salam..
contoh yg lain..apabila mendapat sms...perkataan pertama adalah salam bukan..?
nah..di sini ramai yg tidak perasan hukum wAJIB menjawabnya...
insyaALLAH mari kita sama2 mempratikkan mngucap dan menjawab salam..
semoga ALLAH memberi ganjaran yang melimpah ruah kpd kita semua...
insyaALLAH...
amin....
wallahua'lam..


Tuesday, February 16, 2010

APA ITU TABARRUJ??


KEKASIH ALLAH

ATY ini meronta-ronta
bahawa aku mengingati RASULULLAH,
Kekasih ALLAH..
terlalu RINDU untuk menemuinya..
Nabi MUHAMMAD terlalu maksum..
berbanding dengan umat-umatnya yang lain..termasuk diriku..
paling HINA dan DHOIF di sisi ALLAH..

aku tidak seperti NABI MUHAMMAD yang mulia pekertinya..
yang putih jiwanya..
yang bersih hatinya..
yang tinggi imannya...
yang mulia sifatnya

siapa pula aku??
terlalu jauh perbezaan dengannya
terlalu ketara perbandingan antaranya keduanya

oh Tuhan
ku pohon
tuntunilah langkahku ke jalan yg ENGKAU redhai
pimpinlah daku dengan amalan-amalan soleh
berikanlah aku cahaya nur imanMU
sampaikan lah salam ku kepada KHOTIMUL ANBIA'


*********************************



Saturday, February 13, 2010

AIR MATAKU


YA Tuhan
aku hamba yang lemah
begitu banyak ujianMU yang datang bertandang

tidak jemu-jemu menimpa diriku

langkah kaki ini
ingin sahaja berhenti
dari meneruskan fatamorgana kehidupan
yang menguji dan terus menguji jiwaku

Tuhan
ku tahu KAU menyayangiku
kerana KAU ingin menguji keimananku terhadapMU
menguji kesetiaanku terhadapMU

aku sedar
aku bukan alim ulama'
apatah lagi dalam kalangan syuhada'
mahupun ahli fuqoha'
aku hanyalah insan biasa
yang tidak lari dari kekhilafan
di peradaban masa dunia

Tuhan
sudikah KAU mengampuni diriku ini
yang penuh dengan dosa-dosa hitam
yang banyak khilaf mahupun lagha

betapa hinanya diri ini
kotornya hati ini
kerdilnya jiwa ini
KAU tetap YANG MAHA ESA
aku pula tetap manusia biasa
maafkan ku TUHAN
ku pohon...

*****************************************************************
kenapa dengan aku??

itulah suara hati yang membisikkan segalanya
jiwa ini merasakan tidak sanggup untuk meneruskan
ujian dan dugaan yang bakal menghampiri diri..
sedangkan hati ini tahu Sang Pencipta tidak akan memberi
ujian yang tidak dapat ditanggung hambaNYA
baru di uji sedikit..sudah mengeluh...
mestikah aku bertindak sedemikian...??
tidak..ku tahu Sang Pencipta menyayangiku
menduga tahap kesabaranku
bukan menzalimiku..ALLAH itu MAHA ADIL

''innallaha ma'as sobirin''
''la yukallifullahu nafsan illa wus'aha''

ya...aku tahu itu...janji ALLAh itu PASTI!!
**********************************************************************

Friday, February 12, 2010

JANJI ALLAH ITU PASTI...



Terasa begitu lame ana tak update blog...asifni kepada para pembaca...hari ni..ana di timpa musibah dari ALLAH...memg sgala musibah yg di timpa adalah ujian dari ALLAH....ye memg benar...firman ALLAH yg sudah termaktub dalam alQur'an....''la yukallifullahu nafsan illa wusa'ha...(al-baqarah:286) tapi..tidak di nafikan..sukar utk menerima kenyataan...dugaan yang memang menguji diri..ia tetap akan berlaku walaupun kita tidak meminta...hati ni cube menerima dan kuatkn diri...semoga ada hikmah yang khoir di sebaliknya,amin...semua orang mendapat ujian yang berbeza dari ALLAH...kerana ALLAH tahu tahap mana kesabaran umat2nya...walau sekecil kuman ujian itu atau sehampar lautan...btol x? ALLAH tidak kejam..bahkan sayang kepada kita..macam mane boleh macam itu? coz...ALLAH nak suruh kita kembali kepadaNYA...mengadu kepadaNYA..bukan kepada makhlukNYA...kerana tiada impak dengan melakukan demikian...kerana siapa yang lebih berkuasa? ye..ALLAH ...malah ALLAH nak tambahkan pahala kita bila kita beribadat dan meminta ampun dariNYA....nah...itu bermakna ALLAH sayang kepada hamba2NYA...janji ALLAH itu PASTI...ana terinagt ada pepatah yang mengatakan..hilang satu, insyaALLAH yang len akan datang malah lebih banyak dan baik...amin.insyaALLAH..harap2 begitu..ALLAH mengetahui segala2NYA malah apa yang di bisik dalam hati..

ingat...walau macam mana pun dugaan itu datang menimpa kita..thinking positif..kerana ALLAH itu MAHA BIJAK sebagai PENGARAH...kita makhluk2NYA, sebagai PELAKON...dunia ini sebagai PENTAS LAKONAN...dan penonton dan saksi,adalah MALAIKAT...serta SYURGA dan NERAKA sebagai TROFI...Renung-renungkanlah bersama....

SUDAH BERSEDIAKAH KITA??


KIAMAT HAMPIR TIBA

Bismillahirrahmanirrahim…
Untuk renungan kita bersama…

Sudahkah sahabat-sahabat membaca akhbar pada hari ini? Tidak takutkah dengan apa yang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah telah memberitahu tentang detail apa yg akan berlaku di akhir zaman sebelum qiamat…Cuma kita yg tak mahu atau sekadar memandang remeh-temeh terhadap hadis-hadisnya…. DABIK DADA SAHAJA SEBAGAI MUSLIM…tp apa buktinya..??? JANGAN TUNGGU LAGI..AJAL DATANG SEKELIP MATA..

********************************************
Sabda Rasulluah S.A.W:
‘’sesungguahnya ada sebahagian drpd umatku yg akan minum arak dan mereka menamakannya dgn nama lain(bukan arak).(mereka meminumnya)sambil di alunkan dengan muzin dan suara artis.Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi)dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati) . (Hadis Riawayat Ibnu Majjah)

*********************************************
Drpd Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda:
‘’sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,berlaku banyak kematian manusia secara mendadak’’ (Hadis riwayat Thabani)

******************************************
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

******************************************

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja (SUDAH ADA)
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (SUDAH ADA)
3. Zakat dijadikan hutang (SUDAH ADA)
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) (SUDAH ADA)
5. Anak derhaka terhadap ibunya (SUDAH ADA)
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. (SUDAH ADA)
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya (SUDAH ADA)
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. (SUDAH ADA)
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
( SUDAH MULA DIPILIH)
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. (SUDAH ADA)
11. Arak sudah diminum secara berleluasa. (SUDAH ADA)
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) (SUDAH ADA)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung. (SUDAH ADA)
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan. (SUDAH ADA)
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu) (SUDAH MULA KEDENGARAN)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

WALLAHUA'LAM......