Followers

Friday, January 4, 2013

perkataan insyaAllah, atau Insyaalah atau In sya Allah atau Insyallah yang betul ??

Assalamualaikum..

Sebelum ini kita dikecohkan tentang masalah ucapan SALAM.. betol tak ? pening, sini kata tak boleh, yang sana kata tak boleh.. bila bagi ucapan salam dalam FB atau message, dimarahi.. pernah ditegur ..? 

ok, sekarang hangat tentang apa pulak..? tentang perkata IN SYA ALLAH, atau IN SHAA ALLAH, atau INSYALLAH.. atau whatever lah yang sama sebutannya, tapi lain dalam ejaan.. baca pic di bawah ni..




so... macam mana sebenarnya..?? sebab itu penting untuk kita belajar BAHASA ARAB, bahasa syurga.. bahasa kekasih kita , Rasulullah.. kan.:)

Di sini ingin saya menjelaskan serba sedikit berkenaan hal ini, perkataan apa sebenarnye yang tak boleh dan boleh..Namun, penjelasan ini tidak bermakna menolak keterangan atau pendapat-pendapat kalian sekiranya berbeza..^^

Maksud sebenarnya إن شاء الله, jika dikehendaki /diizinkan Allah..إن  (jika/ sekiranya ) شاء  ( dikehendaki/ diizinkan) الله Allah.. ok, ade beberapa sebab saya katakan, tidak kira apa pun perkataan jawi ini jika dirumikan, sama bacaannya walaupun beza ejaannya, adalah TIDAK MENGAPA.



satu , 
Jika di katakan ianya mesti 3 perkataan.
jawapan saya : baik.. kita kiaskan dengan perkataan السلام عليكم , perkataan ini jika kita rumikan akan menjadi Assalamualaikum, betul ? jadi bila dirumikan ia menjadi berapa perkataan..? satu kan..sedangkan jawi ada 2 perkataan.kenapa jika perkataan assalamualikum dibenarkan pula? Jadi, tidak mengapa perkataan  jika dirumikan menjadi 1 perkataan, kerana bacaannya tetap sama.

dua ,
 Jika dikatakan maksudnya akan berbeza.
jawapan saya, tidak jika kehendak bacaan kita memang maksudnya adala ( jika dikehendaki Allah ) dan tidak membawa maksud yang lain. Perkara ini tidak dinyatakan dalam mana-mana nas al-Quran dan as-Sunnah, namun kita boleh gunekan kaedah feqh yang dihimpunkan ulama' terdahulu kepada kita hari ini untuk merujuk hukumnya.
kaedah pertama iaitu " setiap perkara bergantung pada NIAT ", jadi.. pendapat saya, tidak kira ejaan macam mana pun, yang penting niat kita tidak mengubah daripada maksud yang asal.. hukumnya, tiada masalah. jika ia mengubah maksud yang asal seperti jika Allah diciptakan atau sebagainya, maka hukumnya haram.

ketiga ,
Ada yang kata semua ejaan dibenarkan kecuali "insyaAllah" dan "insya Allah".
kita tengok perkataan di atas persamaanya adalah, huruf "a" dibesarkan.. kan.??
jawapan saya, kemungkinan ia di bacakan waqaf pada insya ( jika dikehedaki ) sebab itu dibesarkan huruf A untuk mengagungkan Allah SWT. jadi, makksunya masih tidak lari dari makna yang asal.. betul tak? :) merujuk kepada kaedah pertama yang kta belajar tadi kan..
kita juga boleh kiaskan dengan perkataan السلام عليكم jika diwaqafkan perkataan  السلام  maka akan menjadi sebutannya ( assalam) so ia akan menjadi ( assalam alaikum ) . adakah maksudnya akan berubah ? tidak..:)

jadi secara kesimpulannya, selagi ia tidak membawa maksud yang berbeza dari maksud yang asal.. TIDAK MENGAPA.. Allahua'lam..^_^ Dan yang pastinya, sentiasa basahi lidah kita dengan nama Allah.

selesai... hal ini perkara yang kecil, jom kita lihat perkara yang lebih besar yang berlaku di hadapan mata kita sendri .. masalah AQIDAH dan masalah2 besar yang lain.. kerana title KHILAFAH masih tidak hilang dan tidak akan hilang dalam HATI kita.. Allahu musta'an..

7 comments:

  1. Assalamualaikum...

    terima kasih dgn perkongsian

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..
    perkongsian bersama, semoga dapat membantu dalam permasalahan tersebut...:) Allahu Musta'an..

    ReplyDelete
  3. yang penting....ejaannya kita fahami....bukan kita ingin merubah maksud..tapi....ape2 sahaja...bila dirumikan..akan bertukar tulisan...benar..bila kita besar kan A pada InsyaAllah....adalah tanda kita mengagungkannya....bukan tanda kita mengubah maksud kalimah..tentang penggunaan tiga perkataan...sebenarnya bermaksud "In Syaa Allah"...bawa perkataan sbnar.....sbab ada 3 erti.....cuma apa yang kita tulis dalam rumi..beza tulisan..sama erti..kan???tq for the sharing

    ReplyDelete
  4. yup.. selagi ia mmbawa mksud yg sama, tiada masalah...:)

    ReplyDelete
  5. bagusnya bila disebut dan ditulis secar betul.tq.untuk sharing.

    ReplyDelete
  6. Btul tu. Tk de masalh pon dgn ejaan tu. Kalau ikutkn dlm bm, ejaan insyaAllah/in shaa Allah / insya Allah yng sebenr ialah insya-Allah. So sempang tu dh menunjukkan ade wakaf kt situ..anyway thanks for sharing..

    ReplyDelete
  7. Btul tu. Tk de masalh pon dgn ejaan tu. Kalau ikutkn dlm bm, ejaan insyaAllah/in shaa Allah / insya Allah yng sebenr ialah insya-Allah. So sempang tu dh menunjukkan ade wakaf kt situ..anyway thanks for sharing..

    ReplyDelete