Followers

Thursday, January 3, 2013

:: SaLaM HiJraH ::



Assalamualaikum wbt...:)
Allah.. lama sungguh jari-jemari ini tidak menaip sesuatu untuk entri blog ini...

Alhamdulillah hari ini, 3 Januari .. Allah memberi kesempatan untuk coretkan sedikit pengisisan yang boleh dikongsikan bersama..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU buat pembaca..:) kita akui, sebenarnya HIJRAH buat umat ISLAM adalah pada 1 Muharram yang lepas, tapi tidak terlambat untuk kita menyedari dalam penghijrahan yang lebih baik.. Jika, HIJRAH yang lepas masih ada matlamat kita belum tercapai untuk perbaiki diri, tidak terlambat buat kita untuk berAZAM kembali hari ini.. semuanya bergantung kepada diri kekuatan niat kita.. 


Minggu ini sebenarnya exam week, jadi masa ini lah kita akan rasa masa terlalu cepat dan sempit kan..? :) ketika inilah kita akan rasa sedikit tertekan mengejar masa.. menyedarkan kita betapa MAHALNYA MASA itu..huhu sempena HIJRAH ini, jom kita menghargai masa..belum terlambat...^_^

Sebenarnya nak cerita, sambil study saya suka dengar IKIM.. yelah, walaupun duduk di Mesir, dapat jugak dengar radio Malaysia..hehe ok lah tu kan... bercerita tentang HIJRAH ini, ada satu slot daripada seorang ustaz mengenai HIJRAH dalam ikim ni..

katanya, sebelum kita berHIJRAH , kita perlu berMUHASABAH.. kerana apa? kerana kita perlu tahu kita di mana sekarang.. ok, kita sama-sama bayangkan situasi ini.. kita perlu tahu kita kini berada di mana, sebelum kita mencari jalan untuk pergi ke sesuatu tempat.. begitu juga, kita terlebih dahulu perlukan muhasabah sebelum berhijrah.. :)

jika sebelum ini kita lambatkan solat, kite berHIJRAH untuk solat di awal waktu, jika kita sebelum ini selalu solat bersendirian.. kita berhijrah kepada solat berjemaah 5 waktu.. jika kita malas dan mudah bosan untuk menuntut ilmu, kita berhijrah untuk menjadi seorang yang bersemangat dalam menuntut ilmu.. begitu juga perkara-perkara yang lain.. ingat..! jangan pula kita inginkan berHIJRAH ke dunia kegelapan jahiliah..kerana diri kita akan lumpuh..


Hijrah itu memang payah
hijrah itu kadang-kadang susah
namun jangan pernah goyah
mencari cahaya
sucikan hati
mantapakn iman
kebal dengan ujian

ayuh,
teruskan langkah
walau ia tidak mudah
berusahalah jangan mudah menyerah
pasti kita mampu mengerah
salam HIJRAH..

sungguh Malaikat kiri dan kiri kita tidak akan diberi waktu cuti, seperti cuti minggu atau ambil mc.. jadi, pastikan agar malaikat kanan lebih gigih dalam bekerja mencatit kebaikan kita pada tahun ini.. insyaAllah..:)
salam hijrah dari ambe, semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas.. LEBIH BAIK tau, bukan serupa atau lebih buruk.. Ayuh..!! sama-sama kita usaha..

No comments:

Post a Comment