Followers

Monday, July 2, 2012

SriKaNdi MuSLiMaH Ummu SulAim



Sejak hari pertama keIslamannya, Ummu Sulaim telah menyajikan keteguhan peribadi yang mengagumkan dan layak untuk diteladani. Ini menunjukkan barakah dan ketajaman akalnya, disamping iman, keikhlasan dan kebenarannya. Beliau telah memeluk Islam dan ikut berbaiat di saat suaminya ketika itu (Malik bin An-Nadhar, ayah kepada Anas bin Malik) berada di luar Madinah. Iman meresap ke dasar hatinya dan kekal terpateri di sana. Beliau mencintai Islam dengan kecintaan yang sangat mendalam, sehingga kerana itu beliau tetap teguh di hadapan suaminya yang masih musyrik. Kisah menarik ini merupakan kisah yang mengangkat martabat Ummu Sulaim dan menempatkan beliau setaraf dengan para muslimin di awal dakwah Islam di kalangan kaum Ansar. Ayuh kita ikuti kisah ini.

Sejurus selepas pengislaman Ummu Sulaim, suaminya kembali seraya memarahi beliau dengan berkata, “Apakah engkau telah murtad?”. Ummu Sulaim lantas menjawab dengan tegas, “Aku tidak murtad, tetapi aku telah beriman dengan orang ini (Rasulullah)”. Tidak cukup dengan itu, beliau turut memimpin tangan anaknya, Anas dan mengisyaratkan Anas agar mengucapkan lafaz syahadatain. Anas akur. Malik, suami Ummu Sulaim semakin marah dengan tindakan isterinya sehingga beliau menengking dengan kasar, “Jangan kau rosakkan anakku!”. Tetapi dengan penuh kebijaksanaan Ummu Sulaim menjawab, “Sesungguhnya aku tidak merosakkannya, tetapi menunjukinya kepada kebenaran”. Dengan membawa kemarahan yang menggumpal, Malik bin An-Nadhar memulakan perjalanan ke Syam, tetapi dibunuh musuhnya di pertengahan perjalanan tersebut. Ketika berita kematian suaminya sampai ke pengetahuan Ummu Sulaim, beliau menerimanya dengan berlapang dada dan bertekad untuk memelihara Anas sebaik-baiknya. Beliau juga berjanji tidak akan berkahwin semula sehinggalah Anas membenarkannya berbuat demikian.

Sejak itu, perhatian beliau tertumpah kepada pendidikan anaknya. Beliau mengajarkan Anas tentang kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan Islam. Setelah Baginda Rasul tiba di Madinah sebagai muhajir, Ummu Sulaim segera mendatangi baginda dengan membawa Anas yang ketika itu masih kanak-kanak dan belum mencapai usia baligh. Beliau berkata kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:

“Wahai Rasulullah, ini Unais (nama kecil Anas). Aku mendatangi engkau agar dia mengabdi kepada engkau. Maka berdoalah kepada Allah bagi dirinya” Maka, baginda bersabda, “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anaknya” (Dala’ilun-Nubuwwah, 6/194-195).

Anas mendapat bimbingan dan pengasuhan di rumah Rasulullah yang kemudiannya menghantarkan beliau kepada kedudukan mulia sebagai salah seorang sahabat terkemuka.

Ummu Sulaim benar-benar mengotakan janji yang pernah diucapkan kepada anaknya. Beliau mendidik Anas dengan sebaik-baik didikan, sehingga Anas pernah berkata, “Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada ibuku kerana beliau telah mengasuhku dengan sangat baik”

Ummu Sulaim juga tidak menerima lamaran-lamaran yang datang kepadanya sehinggalah Anas berusia cukup dewasa. Beliau kemudiannya dilamar oleh Abu Talhah Al-Anshary yang ketika mengajukan lamaran tersebut masih seorang musyrik. Ummu Sulaim dituntut untuk mempertimbangkan lamaran lelaki tersebut kerana Abu Talhah merupakan seorang yang berpengaruh di dalam masyarakat. Ketika Abu Talhah menemui beliau buat kali kedua untuk tujuan yang sama, Ummu Sulaim menjawab lamaran tersebut dengan berkata

“Wahai Abu Talhah, lelaki seperti engkau tidak layak untuk ditolak. Tetapi engkau seorang kafir, sementara aku wanita Muslimah dan tidak mungkin bagiku untuk menikahi engkau”

“ Apa yang perlu kulakukan untuk tujuan itu?” tanya Abu Talhah.

“Hendaklah engkau menemui Rasulullah SAW” Jawab Ummu Sulaim.

Abu Talhah segera beranjak untuk menemui Rasulullah yang ketika itu sedang duduk di tengah-tengah para sahabat. Ketika melihat kehadiran Abu Talhah, baginda SAW bersabda, “Abu Talhah mendatangi kalian, dan tanda-tanda keislaman tampak di antara kedua matanya”. Abu Talhah memberitahu Rasulullah apa yang dikatakan Ummu Sulaim. Akhirnya, Abu Talhah memeluk Islam di hadapan baginda dan para sahabat. Beliau juga bersetuju menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keIslamannya. Ummu Sulaim berkata kepada anaknya, “ Wahai Anas, bangkitlah dan nikahkanlah Abu Talhah”.

Tentang kisah pernikahan yang diberkati ini, Tsabit bin Aslam Al-Banany, salah seorang Tabi’in berkata, “Kami tidak pernah mendengarkan mahar yang lebih indah dari maharnya Ummu Sulaim, iaitu Islam!” (Shifatush Shafwah, 2/66; Siyar A’lamin-Nubala’, 2/29).

Firasat Ummu Sulaim terhadap Abu Talhah ternyata benar, sehingga beliau meraih kebahagiaan kerana kebaikan, keikhlasan dan kemuliaan suaminya. Abu Talhah juga berhak mengecap kebahagiaan kerana pernikahannya dengan seorang wanita Mukminah yang bertakwa, Ummu Sulaim, yang kerana beliaulah, Abu Talhah keluar dari kegelapan syirik ke cahaya tauhid, Islam dan jihad. Allah kemudiannya memuliakan suami isteri ini dengan kelahiran seorang anak lelaki yang diberi nama Abu Umair.

Ternyata Allah Subhanahu wa Taala berkehendak untuk menguji keluarga suci ini, yang sedari hari pertamanya lagi telah dibangun dengan ketakwaan. Di sinilah Ummu Sulaim tampil dengan gambaran istimewa lagi mengagumkan dari kisah-kisah sahabayiyah sezaman beliau. Beliau menghadirkan keutamaan sehingga tindakannya ini mekar sepanjang sejarah hingga Allah Subhanahu wa Taala mempusakakan dunia dan seisinya.

Suatu hari, Umair jatuh sakit dan meninggal dunia ketika Abu Thalhah pergi ke masjid. Ummu Sulaim menerima pemergian anak kecil itu dengan jiwa yang redha dan sabar seraya berucap, “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”. Beliau membaringkan jasad anaknya di atas tempat tidurnya dan berkata kepada ahli keluarganya yang lain,”Jangan kalian sampaikan khabar ini kepada Abu Talhah berkenaan anaknya. Biar aku saja yang menyampaikan hal ini kepadanya”.

Sekembalinya dari masjid, Abu Talhah bertanyakan keadaan Umair, “Bagaimanakah keadaan anakku?”

“Dia lebih tenang dari keadaan sebelumnya” jawab Ummu Sulaim. Kemudian Ummu Sulaim menghidangkan makan malam kepada Abu Talhah dan menghiaskan dirinya secantik mungkin. Pada malam tersebut, mereka berjima’ dan setelah selesai, Ummu Sulaim mengkhabarkan kematian Umair kepada suaminya. Abu Talhah bersedih serta timbul kemarahan di hatinya. Beliau mendatangi Rasulullah dan menceritakan perlakuan isterinya. Mendengarkan kisah tersebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan di tengah umatku seorang wanita yang sabar seperti kesabaran wanita Bani Israel”. (As-Sirah Al-Halabiyah, 3/74)

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bertanya kepada Abu Talhah, “Apakah semalam kalian telah berjima’?”. “Ya”. Jawab Abu Talhah. Rasulullah mendoakan keberkahan bagi pasangan tersebut dan doa baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam ini dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Taala,. Ummu Sulaim melahirkan anak lelaki yang diberi nama Abdullah hasil dari perhubungan tersebut. Diriwayatkan, Abdullah bin Abu Talhah termasuk orang-orang yang soleh. Tanda itu jelas terlihat di wajahnya. Abayah bin Rafi’ berkata, “ Aku melihat anak itu di kemudian hari mempunyai tujuh anak lelaki yang kesemuanya hafal Al-Quran”



Ummu Sulaim radhiallahu anha sentiasa memberikan hadiah dan makanan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Allah Subhanahu wa Taala juga memuliakan beliau dan memberkati pemberiannya kepada baginda Rasul. Kisah ini dituturkan sendiri oleh Anas bin Malik ketika mengkhabarkan barakah dari kebiasaan ibunya itu. Ummu Sulaim pernah mengarahkan seorang pembantunya untuk menghantarkan makanan berupa daging kambing kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Selesai menghantarkan pemberian tersebut, kantung kosong tersebut dikembalikan ke rumah Ummu Sulaim di saat beliau tiada di rumah. Sekembalinya ke rumah, Ummu Sulaim mendapati kantung tersebut masih penuh berisi. Lantas, beliau kembali kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk meminta kepastian. 

Ummu Sulaim berkata, ” Demi yang mengutusmu dengan kebenaran dan agama yang benar, kantung ini masih penuh berisikan makanan yang kuberikan padamu sedangkan engkau wahai Rasulullah telah menerimanya dari pembantuku”


Baginda lantas menjawab, ”Wahai Ummu Sulaim, apakah engkau hairan kerana Allah telah memberikan makanan kepadamu sebagaimana engkau telah memberikan makanan kepada RasulNya? Makanlah dan berikanlah makanan itu kepada yang lain”. Ummu Sulaim kembali ke rumahnya dan membahagikan makanan itu di dalam sebuah mangkuk besar untuk 2000 orang sehingga ia menjadi bekalan makanan untuk tempoh sebulan atau dua bulan! 


Anas turut menceritakan bahawa ibunya sering mengirimkan talam yang berisi kurma segar kepada baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam kerana mengetahui kesukaan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam itu. Dalam kisah yang lain, Abu Talhah pernah memberitahu kepada Ummu Sulaim tentang keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang sedang menahan lapar yang teramat sangat dengan berkata, ” Aku mendengar suara Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam melemah. Aku melihat beliau merasa lapar. Maka, apakah engkau mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepada baginda?”. Ummu Sulaim segera mengeluarkan beberapa gumpalan adunan roti dari tepung gandum dan menyuruh anaknya, Anas untuk mengirimkannya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa sallam yang sedang berada di masjid bersama dengan para sahabat. Oleh kerana ramainya para sahabat yang mengelilingi Rasulullah ketika itu, Anas merasa malu untuk menyampaikan pemberian yang sedikit itu. Menyedari kehadiran Anas, Rasulullah segera menyapanya dengan berkata, ” Adakah orang tuamu mengutusmu ke sini?”. Anas mengiyakan. Rasulullah segera bersabda kepada para sahabat untuk berangkat ke rumah Abu Talhah. Di saat itu, Abu Talhah mulai ragu kerana mereka tidak memiliki sesuatu apapun untuk dihidangkan kepada para tetamu yang ramai tetapi Ummu Sulaim mencelah, ”Percayalah, Allah dan RasulNya lebih mengetahui!”


” Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau miliki saat ini?” Tanya Rasulullah.Ummu Sulaim membawakan beberapa gumpalan roti yang ingin diberikannya kepada Rasulullah sebelumnya. Baginda mendoakan barakah ke atas pemberian tersebut, maka mereka semua menikmati makanan tersebut sehingga kekenyangan, walhal bilangan para sahabat ketika itu mencecah 90 orang lelaki. Subhanallah! (Tarikhul Islam, Adz-Zahaby, 1/357; Dala’ilun-Nubuwwah,2/532; Wafa’-ul-wafa’, 3/881-882. Diriwayatkan oleh Muttafaq Alaih. Imam Malik turut meriwayatkannya di dalam Al-Muwaththa’). 


Kedermawanan dan kemurahan hati Ummu Sulaim tidak berhenti setakat di situ sahaja. Ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam menikahi Zainab binti Jahsy, beliaulah yang menyediakan jamuan walimatul urus tersebut dengan menghidangkan makanan kegemaran Rasulullah sendiri. Barakah dari pemberian tersebut juga (dengan izin Allah) dapat menampung bilangan para sahabat yang ramai menghadiri majlis tersebut.Maha suci Allah di atas segala kebaikan dan keberkatan yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang beriman...!!Ukhti Solehah...

marilah sama-sama kita melatih diri , memupuk jiwa menjadi seperti srikandi ini... Berubah kepada yang lebih baik itu adalah baik di sisi Allah...^_^

Wednesday, March 21, 2012

:: dimana kiblatku ::


Assalamualaikum wbt..

Hmm... kali ini ana nak kongsikan satu cerita.. sekadar perkongsian tapi tak tahulah klu jalan cerita ni pernah berlaku.. Tak tahulah kenapa dalam bayangan cerita ini terngiang-ngiang dalam fikiran.. Jadi, ana rasa ia patut dikongsikan kepada orang lain..^^

Aku memasukkan kereta dalam kawasan rumah.. Aku menoleh ke rumah sebelah, ''nampaknya aku ada jiran baru'', bisik hatiku.. Aku terus masuk ke rumah dan duduk di ruang tamu..Seperti biasa aku akan membuka lagu dan berkaroake lagu kesukaanku..
Tiba-tiba aku dengar ketukan dan suara memberi salam.. Tanpa buang masa aku bangun dan menuju ke pintu.. '' Assalamualikum..'' Kata seorang pak cik tua sambil tersenyum.. Aku menjawab salam.. " maafkan pakcik, pak cik jiran baru kamu. Baru pindah sebelah rumah kamu ni''. " owh..saya nampak juga tadi pak cik''. ''Pak cik nak tanya arah qiblat, qiblat ke arah mana ye nak''. Terkejut aku mendengar soalan dari mulut pak cik itu, aku terpukul dengan perkataan '' arah qiblat''. ''hmm....hmm.... mungkin arah menegak pak cik''. '' menegak ke arah mana? ''. '' hmm arah mcm ni kot pak cik..'', kataku sambil menggosok-gosok kepala. Pak cik itu kelihatan pelik dengan tingkah lakuku dan berkata '' mcm mane boleh ada kot nak? . nak lupa qiblat ea..? ". "bukan lupa, tapi tak pernah tahu'' monolog hatiku..aku teringat sejak aku pindah ke rumah ini 3 tahun yang lalu, aku tidak pernah tahu mana qiblatku.. bukan qiblat je aku tak tahu, sejadah pun aku tak ada..

''tak pe lah nak, maaf pak cik ganggu kamu. hmm cuma pak cik nak ingatkan Allah tak pernah lupakan kita walau tiap saat kita lupakan Dia.. Tapi sampai bila kita lupakan Pencipta kita? Klu tak terdetik Pencipta tu nak ciptakan kita, pasti kita tak wujud kat dunia ni nak.. pasti kita tak pernah ditakdirkan untuk bertemu.. Maafkan pak cik, hanya nasihat pak cik yang tua ni..Assalamualaikum nak..''. Aku menyambut salamnya dan menjawab salam.. Usai pak cik melangkah keluar dari kawasan rumahku, hatiku pilu.. Tak tergambar perasaan aku ketika itu..

Aku melangkah masuk ke ruang tamu.. Ya Allah mana qiblatku..?? mana hatiku..?? Allah..!! Aku menjerit dan menangis semahu-mahunya..Allah..Allah...

Agak-agak kan andai pak cik itu adalah Rasulullah, apakah agaknya perasaan Baginda ketika itu? Masih ramai umatnya yang alpa dan masih tebuai dengan nikmat dunia.. Allahu Rabbi..

Ana teringat kisah jiran ana.. Ana nak kongsikan dan bukan nak buka keaiban.. Ana cukup kesal dengan watak seorang muslimah.. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib.. Muka ayah kelihatan muram dan keluar dari rumah.. Bunyi radio yang datangnya dari jiran sebelah sangat kuat dan tidak diberhentikan ketika azan.. Ayah ketuk pintu dan berkata dengan nada yang lembut '' tutp radio tu dik, azan sekarang ni..'' . Tapi apa yang menyedihkan kata-kata ayah itu dibalas dengan '' Hei orang tua..!! jgn nak menyebok lah..tak payah buat alim..!! sibuk je la kcu hal orang lain..!! " . Allahu Robbi.. terkejut ayah dengan kata-kata anak dara tu.. luluh hati ayah dikatakan sedemikian..

Ibu terus panggil ayah dan mengajak masuk ke dalam rumah. Rupa-rupanya ibu perhatikan kejadian itu dari mula.. Ibu pun tak sanggup ayah dihina mcm tu.. Allah2...!! di manakah sifat kasih yang Allah cmpakkan pada setiap diri manusia..?? di manakah keimanannya..??

Haishh... cerita ni ibu terlepas cerita kat ana.. Lepas dengar tntg ni, rasa geram sgt2.. Kalaulah ana ada waktu tu.. aissshhh...sapa yang tak marah bila ayah ibu dihina...!!! huh Tapi walau apa pun, dia tetap mad'u kita.. Mad'u tidak boleh dilayan dengan kasaq,..huhu Moga Allah memberikannya hidayah...amin..

Moga cerita-cerita ini sedikit banyak memberi pengajaran.. Sampai bila kita dalam kejahilan..?? Sampai bila kemaksiatan dan kemungkaran menjadi sahabat baik kita..?? btul x? Allah tidak menciptakan kita untuk memusnahkan muka bumi, tetapi ciptakan kita untuk memakmurkan muka bumi dengan nur-nur Islam dan menegakkan syiar-syiar Islam seterusnya menegakkan daulah Islamiah...^_^

Sekian dari ana untuk post kali ini..~_^ Assalamualaikum..

Monday, March 19, 2012

:: apakah azan mengganggu sekeliling::



Assalamualaikum wbt smua... mf terlalu lama ana biarkan blog ini bersama dengan post2 yang lama...moga kalian semua dilindungi Allah SWT..amin ^^

Sungguh, tiada masa untuk menulis dan meluangkan masa bersama blog ini...
Namun, alhamdulillah. kini ana cuba meluangkan masa sedikit sambil-sambil membuat kerja..

Untuk post kali ini, saya nak kongsikan kepada sahabat2 tentang satu perbahasan mengenai azan mengganggu persekitaran.. Apakah benar..?? Ingat lagi tak mengenai berita satu ketika dahulu, seorang india yang beragama hindu meminta pihak kerajaan supaya menghentikan laungan azan di sebuah surau yang berdekatan dengan rumahnya.. Perkara ini membuatkan ramai yang bangkit, dan mempertahankan syiar Islam ini.. Tapi inilah sifat umat Islam kita, bila diugut, baru nak bangun... Agak-agak kalau kejadian macam ni tak berlaku, masyarakat Islam hidup dengan keadaan yang sangat selesa...betol tak?

Semua orang maklum mengenai apa yang terjadi di negara yang berdekatan dengan Negeri Johor, Singapura.. Di manakah laungan-laungan azan dan Iqomah..? Apakah masih ada lagi laungan azan di corong-corong radio Singapura atau di media Televisyen..??
Namun sahabat-sahabat, lebih menyedihkan jika yang bergelar muslim sendiri yang menghalang laungan ini.. Apakah wajar jika alasannya kerana mengganggu persekitaran..? alasan ini sama seperti apa yang dikemukakan oelh India
n yg beragama hindu tadi.. Allahu Rabbi.. Dia seolah-olah menolak syiar Islam.. Andai Bilal bin Rabah mengetahui perkara ini, pasti beliau sedih dan mengingati kembali kisah beliau mengalunkan azan dan Iqomah pada suatu ketika dahulu...Apakah launagan azan yang menggunakan speaker benar-benar mengganggu sekeliling...????

Di sini, ana akan berkongsi kepada sahabat-sahabat mengenai perbahasan yang berkaitan dengan azan. Perbahasan ini telah dibahaskan oleh Ahli Tutorial BKJM ( Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir). Ana juga antara Ahli Tutor ini.. Perbahasan ini juga merupakan jawapan bagi mereka yang mengatakan azan mengganggu persekitaran.. Untuk perkongsian semua..^^

Azan dari segi bahasa bermaksud memberi tahu. Manakala dari segi syara’ maksudnya ialah memberi tahu masuknya waktu solat dengan lafaz-lafaz yang tertentu. Azan disyariatkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dalilnya Firman Allah Taala,”Wahai orang-orang yang beriman apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. Selain itu, Baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda, “Jika tiba waktu solat maka azanlah salah seorang di antara kamu”.

Kitab al-Feqhu ‘ala Mazahibul Arba’ah karangan Imam Abdul Rahman Al-Juzairi ada menyatakan tentang sebab pensyariatan azan. Azan disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Selain itu, disebutkan juga bahawa sesiapa yang mengingkari pensyariatan azan, hukumnya jatuh kafir. Ketika Baginda Nabi Muhammad SAW sampai di Madinah, waktu solat sedang masuk. Mereka bermesyuarat mengenai kaedah terbaik untuk memberitahu masyarakat sekeliling tentang telah masuknya waktu solat. Sebahagian sahabat memberi cadangan dengan menggunakan ‘Naqus’ (ketukan kayu). Baginda bersabda, “itu adalah perbuatan golongan Nasrani”. Sebahagian sahabat lain berkata dengan menggunakan terumpit. Baginda bersabda lagi, “itu adalah perbuatan golongan Yahudi”. Sebahagian yang lain pula mencadangkan menggunakan ‘Tamaru’ (sejenis alat muzik). Baginda bersabda, “itu adalah perbuatan orang-orang Rom”. Sebahagian yang lain lagi mengatakan nyalaan api. Baginda bersabda, “ini pula perbuatan golongan Majusi”. Sehinggalah Abdullah bin Zaid bermimpi dengan alamat azan dan iqomah. Maka dia menceritakan mimpinya kepada Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda, “itu adalah petunjuk mimpi”. (Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

Terdapat Hadith lain juga yang juga menunjukkan pensyariatan azan. Di dalam Sohih Bukhari dan Muslim, dari Anas RA berkata: Rasulullah SAW memerintahkan Bilal melaungkan azan dan diikuti dengan iqamah.

Adapun terdapat banyak Hadith yang menunjukkan kelebihan melaungkan azan. Antaranya, diriwayatkan daripada Muawiyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “para muazin adalah sepanjang-panjang manusia di Hari Qiamat nanti.”

Di dalam kitab Feqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr. Wahbah Zuhaili dan kitab Feqh Manhaji karangan Dr. Mustaffa ada menyebutkan mengenai perbuatan meninggikan suara untuk memberi tahu orang lain masuknya waktu solat hukumnya Sunat Muakkad. Bahkan meninggikan suara merupakan syarat sah azan. Ulama juga ada menyebut tentang keadaan sekiranya azan untuk solat sendirian di tempat selain masjid, disunatkan untuk meninggikan suara. Namun, jika azan itu ialah untuk solat sendirian dalam masjid, dan dalam masa yang sama terdapat jemaah sekelilingnya, maka disunatkan untuk merendahkan suara supaya tidaklah disalah anggap oleh pendengar-pendengar lain bahawa telah masuk waktu solat yang seterusnya.

Di dalam kitab Syarah Yakutun Nafis karangan Muhammad bin Ahmad bin Umar Al-Syatiri pula ada menyatakan mengenai perspektif orang Musyrikin tentang azan. Sebahagian mereka berkata, “apa yang membuatkan aku takjub dengan Islam secara tabiatnya adalah dengan namanya Islam, iaitu daripada salam atau selamat. Aku juga takjub dengan azan dan sebaik-baik katanya yang aku terpegun ialah lafaz marilah menuju kejayaan..marilah menuju kejayaan” . Ini menunjukkan laungan azan bukan sahaja melambangkan syiar bagi umat Islam, bahkan menawan hati orang-orang yang mendengarnya.

Kesimpulannya, tiada unsur-unsur yang mengganggu masyarakat sekeliling dalam laungan azan dan Iqamah. Malah, tiada istilah azan mengganggu orang lain. Maka sesiapa yang menyekat dan menghalang dari dilaungkan atau ditinggikan azan, dia seolah-olah telah menolak syiar Islam sendiri. Maka sudah seharusnya kita sebagai umat Islam perlu memastikan agar azan dan Iqamah harus terus dilaungkan demi memastikan syiar kita ini dipertahankan...

Friday, December 2, 2011

:: Muslimah tidak guna...........???? ::

Apakah pendapat kalian dengan tajuk ini..??
Perlu atau tidak untuk membangkang tajuk kali ini..??
Siapakah anda...??
Muslimah atau sekadar seorang perempuan...??
Apakah benar anda seorang muslimah yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi setiap laranganNya..??
Atau sekadar melaksanakan atas kemampuan bukan sebagai kewajipan..????
Siapakah anda...???

Seorang muslimah itu tak guna.......betul ke...??
Jom baca di bawah...^_^ dan jangan marah tau..hehe


1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Jadi, siapakah kita..??
Siapakan anda...??
IMAN yang menentukan segala.......^_^
SeLaMaT BeRaMaL......^_~


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)

Monday, November 14, 2011

Pencipta dan dicipta..


Allah...Apakah pengorbananku untuk Islam..??
Apakah sudah cukup amalanku yang akan aku titipkan di Akhirat kelak..??
Aku sedar...semua ini adalah pinjaman...
Namun, apakah aku membalasnya dgn amalan2 yg baik..??

Allah...
Apakah aku sekadar Islam pada nama...??
Sudahkah aku menyampaikan dakwah dan ilmu Islam kpd masyarakat...??
Aku cukup sedar...
Aku adalah Khalifah..
Aku juga pendakwah..

Namun apakah aku melaksanakan ia dgn sebaik-baiknya..??
Atau ianya dipandang sepi olehku...??








Namun tujuan adalah satu iaitu saat berjumpa dengan Rabbul ‘Alamin..
Berakhir seluruh apa yang kita lewati
Dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya iaitu berjumpa dengan Allah..
Hadirin hadirat ingatlah..
Andaikan suatu saat bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah
Di saat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita
Dan wajah kita dibuka, dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita
Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kerabat
Di saat itu tidak ada kekasih, di saat itu tidak ada jawatan
Di saat itu tidak ada harta..
Itulah hadirin hadirat..kita sendiri..
Dan di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir
Yang mengingat Allah, dan Allah mengingatnya
Yang merindukan Allah, Allah merindukannya
Dialah yang Maha Baik, Dialah yang Maha Mulia
Setelah kita diberi kehidupan,diberi jasad
Lantas Allah meminjamkan pula dunia ini beserta isinya
Meminjamkan matahari, meminjamkan bulan
Meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan
Meminjamkan air dan lautan..
Yang kesemuanya adalah milik ALLAH..
Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya
Tidak pula berdoa untuk meminjamnya
ALLAH yang memberinya sebelum kita meminta
Hadirin hadirat..
Demikian luasnya rahmat Ilahi..
Dan kasih sayangNya melebihi semua kasih sayang
Melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita
Melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita
Hadirin hadirat..
JANGAN tahan lidahmu menyebut nama ALLAH
JANGAN berat menyebut nama ALLAH
Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama ALLAH…?

::titisan air mata di atas sejadah::


♥♥. Di atas Sajadah Cinta ♥♥


Tika ujian datang menghampiri...
tika ini kesesakan menghantui..
Ku cuba menjauhkan diri..
Tapi ia tetap tidak pernah jemu mendatangi diri..

Ya Tuhan, betapa daku perlukanMU..
petunjuk dari Ilahi..
menentukan perjalananku suatu hari nanti..




Aduanku kepada hambaMU tidak lg bermakna..
Air mataku terus mengalir..
Allah..
Pendengar setia dgn luahanku..
Penasihat yg terbaik di setiap langkahku.. 

Sungguh, 
ketika kerinduan ini membuncah..
Ketika rasa ini membelenggu jiwa..

Ada rasa tersiksa menghujan di dalam dada..
Ku langkah lesu kakiku dan sucikan diri..
Ku bentangkan sejadah  cinta ini.. 
Ku sujud dalam hening malamku..
Ku bersimpuh dan berdoa...


Ya Robb, betapa rasa ini begitu menyiksa..
Adakah penawar tuk bisa tenangkan diri..
Ku cuba terus berzikir, bertasbih dan bertahmid..
Dari ketidak berdayaan diri..
Dia yang kini melumpuhkan hatiku..


Ya Robb, jika rasa itu ada untuknya..
jgn biarkan rasa cintaku pdnya..
melebihi rasa cintaku padaMU..
Biarlah rasa inimengalir apa adanya..


Ya Robb, hanya di atas sejadah cinta ini..
Saksi bisu atas titisan air mataku..
Dari rasa ketakutan dan kegelisahanku..
segala ku curahkan kpdMu..
kerana hanya Engkau tempat sebaik-baik mengadu..
Di atas sejadah ini ku rajut cinta kasihMU.......

Sunday, October 23, 2011

;; PerSeDiaAaN Dan CiRi-CiRi yG SeBeNar SeOrAnG Da'ie;;

Assalamualaikum semua...~_~


Allahu Robbi...sudh berapa bulan tiada mse utk create post...alhamdulillah, Allah memberi ruang lg, utk saya berkongsi ilmu kepada pembaca...^_^
Pada pagi sabtu  (semalam) , Allah telah mentakdirkan utk saya menjadi orang pertama utk menyampaikan atau berkongsi ilmu kepada sahabat2 lain...alhamdulillah...


Saya memilih tajuk " PERSEDIAAN SEBAGAI SEORANG DAI'E DAN CIRI-CIRINYA"...


Ramai yang sedar mereka dicipta di dunia ini adalah utk mencari ilmu, tapi tidak semua sedar mereka adalah pendakwah yang mana tidak lain tidak bukan bg meneruskan perjuangan utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w...Besar harapan agar semua umat Islam mendapat kesedaran dan membantu menegakkan syiar di muka bumi ini..Baik, adakah sahabat2 semua sudah maklum mengenai tugas antunna...?? apakah sudah sedia utk mengetahui persediaan ciri2 sebagai seorang Da'ie..??.Riak-riak semangat mula kelihatan sebaik sahaja saya memulakan kalam muqoddimah di Raudhah Ilmu...Besar harapan timbul di atmaku, agar setiap kalam diberi perhatian dan disematkan dlm jiwa pendengar2, juga diriku... 


Pelbagai persediaan perlu dibuat bg seorang yg bergelar Da'ie...utk apa..?? utk memudahkan menghadapi sebarang rintangan dan memudahkan setiap urusan yang dilakukan..Antaranya adalah persediaan menerima ujian Allah Taala..Sudah lumrah hidup seorang pejuang yang tidak akan lari dari ujian dan tarbiah dr Allah swt..bagaimana utk tabah hadapi dugaan ini..?? dengan Iman...^_^
Seterusnya ialah, bersedia utk bekerja...Ketiga, persediaan Ilmu Pengetahuan..sebagai seorang pendakwah yang akan menyeru kpd kebaikan dan menyampaikan ilmu agama kpd org lain, pastinya mempunyai bekalan ilmu..mana mungkin menyatakan kebenaran islam andai tidak tahu apa itu islam dan kesyumulan yg ada padanya..Ramai akui mereka adalah islam..tapi tidak tahu serba serbi mngenai intipati islam...jadi, siapakan yang bertanggungjawab memberi percerahan..?? KITA...!! siapa lg klu bukan kita..??


Baik, persediaan yg perlu dibuat seterusnya adalah persediaan menjadikan diri sebagai QUDWAH HASANAH...mana mungkin masyarakat di luar sana boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran..nauzubillah, perbaikilah diri..renungkan kesalahan yg dilakukan dan lakukanlah kebaikan...^_^ Kelima,persediaan membawa kebenaran..keenam, persediaan rohani..Kalau tadi merupakan persediaan2 fizikal yg perlu disediakan , kini persediaan rohani juga merupakan persediaan yg utama.. persediaan rohani yg mcm mane..?? utamakan yang fardhu..yg sunat galakkan pada diri utk istiqomah mengamalkan..Allah tiada menetapkan pengkhususan bg melakukan amalan2 sunat kpg golongan tertentu..seperti solat hajat hnye kpd org yg menuntut ilmu, Qimullail hnye bg mrk yang beriman..siapakah kita yg menentukan..?? apakan mereka2 yg berbaki tidak layak melakukan amalan2 sunat...??jika ia hnya utk yg menuntut ilmu, apakah nelayan, petani..tidak layak..?? Allahu Akbar..!! jgn menghalang org lain utk melakukan amalan2 sunat..hisablah diri sendiri...!! Rohani...kenapa ia begitu penting..?? krn kebersihan rohani menjadikan seorang insan itu bertaqwa, beriman, soleh dan kuat..bahkan, doa dr rohani yg suci, akan mudah dikabulkan Allah Ta'ala..


Kemudian, persediaan kesungguhan dalam bekerja..baik, apakah faktor yg memudahkan kita semua selaku Da'ie utk melaksanakan kerja Islam dgn bersungguh..?? adalah dengan, aqidaah yg sahih, ikhlas, menyedari pekerjaan kita akan dihisab Allah Taala kelak....terakhir, kelapan, persediaan dari segi harta, jiwa dan waktu...Bukan semua yang sanggup mengorbankan ketiga2 elemen ini...Ada yang sanggup berkorban jiwa, tapi tidak sanggup mengorbankan harta dan waktu..Allahu Akbar...Jadikanlah kami Muslimat yang sanggup berrkorban dari segala aspek utk agamaMu Islam....amin........

Seterunya, saya menyambungi halaqah ini dengan CIRI-CIRI yang sebenar pada diri Da'ie...
1) BENAR  - bersifat benar dalam melaksanakan tugan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar...
2) SABAR - kesabaran merupakan tunjang dan senjata utama bg seorang Da'ie yang menyampaikan risalah suci...Di sini, saya memberi kiasan perjalanan seorang pjuang nama Allah... Seorang Da'ie seolah2 meniti jambatan gantung yang mana dibawahnya merupakan gaung yg dalam...ketika berada di tapak pertama, berazam utk menjejaki tapak yg terakhir...tapi, sekiranya Da'ie ini berjalan dgn keadaan yg gopoh gapah, mengkhuatirkan diri terjerumus ke bawah...jika berjalan sambil lewa, khuatir terjatuh di dalam gaung...jadi, semestinya Da'ie ini berjalan dgn berhati2... Baik, nampak tak persamaan kehidupan seorang Da'ie dgn kiasa meniti titian ini...?? Sebagai Da'ie pastinya melaksanakan dgn pnuh kesabaran walaupun pelbagai ujian yg perlu dilalui...ingat, bukan mudah melalui kehidupan seorang Da'ie...krn apa..?? krn Allah ingin melihat kesabaran dalam diri dan seterusnya meningkatkan  keimanan kita..Allah itu tidak zalim, bahkan membantu kita dalam peningkata iman.....-_~
3) BELAS KASIHAN - sampaikan;lah ilmu dengan kasih sayang bukan dgn keganasan...krn setiap seruan ada usulubnya tersendri...tidak sama dgn pelbagai peringkat, sperti kanak-kanak, remaja dan org tua...juga lain juga dengan org asli...kerana saya sendiri ada pengalaman menyampaikan kpd org asli..^_^ sanagt menguji diri...
4)RENDAH DIRI - Kalau kita lihat, para Ulama. , Syayakhih di Mesir ini...sgt2 berilmu agama seolah gedung ilmu , tempat utk kita semua rujuk..tapi, apakah mereka menyampaikan dgn penuh bongkak..?? riak..?? tidak...bahkan semakin berilmu, mereka semakin tawaduk... berbeza dgn masyarakat kita, dan mungkin dikalangan kita sendiri... sombong dgn ilmu , riak dlm menyampaikan..Allah..! moga sentiasa dilindungi dari sifat2 mazmumah....amin..
5)PERSAUDARAAN KRN ALLAH - Rasulullah sentiasa mengingatkan tentang kepentingan bersaudara kpd para sahabat...mustahil, ada yang boleh hdup bersendirian tanpa jemaah...mustahil... Dengan eratnya ukkhuwah yg terbina..dapat menjamin keperluan ummah , kesatuan saf dan membawa kejayaan...
6)MALU - malu utk melakukan perkara yg bertentang dgn syariat Ilahi..
7)MENJAUHKAN DIRI DR MELAKUKAN PERKARA YG HARAN & SYUBHAT
8)MENUNDUKKAN PANDANGAN
9)MENJAGA LIDAH - sebagai Da'i pastinya menjaga lidah..dan tidak memiliki "lidah bercabang"..
10)MUHASABAH & MURAQOBAH - sentiasa muhasabah kelemahan dan kesalahan yg dilakukan..dan perbaiki dgn amalan kebaikan....


Alhamdulillah...penyampaian ini berakhir dgn baik...smoga diberi lg ruang dan peluang oleh Allah utk menyampaikan pd lain hari dan lain tajuk...insyaAllah...^_^