Followers

Sunday, January 23, 2011

:: siapakah Aku dalam hidupmu....??? ::


Bila Al Quran Mula Bersuara Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu',
Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,
kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu


Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali aku setiap hari......

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
..
Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi.......

Sunday, December 26, 2010

cik han..

Semakin hari semakin dekat daku dengan ‘’cik han’’.. dan kami tidak pernah sunyi saban tahun..kerana apa..?? untuk menguji ilmuku..sama ada fi sudur atau fi sutur...itulah namanya imtihan...

Tidak boleh tidak, kena jugak hadapi...ya Allah, lainnya ujian2 yang Engkau dugaku di tanah air...ujian yang penuh ujian yang harus aku jalani di bumi Mesirmu ini...ku mohon, permudahkan lah aku dan sahabat2 yang lain menghadapi sebarang urusan di sini...di bumi yang tidak pernah sunyi dari ikhbarMu, Tuhan...dengan berbekalkan doan ibu ayah, ahli keluarga , sahabat handai dan usaha kami, permudahkan lah kami menjalani imtihan...tiupkanlah ilmu2Mu di hati2 kami, agar tidak hilang dek ditiup angin...berkatilah ilmu2 yang kami kutip di bumi yang tidak pernah sunyi dari ikhbar ini ya Allah...amin..

selamat menjalani imtihan buat sahabat2 semua...semoga mendapat najah kabir...!! amin...

DUIT...Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal = Najah

kita sama2 tambahkan amalan2 kita, amalan2 sunat...mendoakan sahabat2 yang lain, sama2 menjaga hubunagn dengan Allah dan manusia...ikhlaskan dan tajdidkan niat...menghafal dan belajar bukanlah untuk cemerlang dlm imtihan shj, tapi untuk diamalkan...itu yang penting...semoga Allah permudahkan segala urusan kita..amin ^^,)

Yahudi dan Nasrani suatu ketika dulu, menjadi musuh...
Mereka tidak pernah berjabat tangan malah menarik muka apabila bertembung apatah lagi bertemu...tapi kan kawan2, kenapa yahudi dan nasrani sekarang menjadi kawan seperjuangan dan seolah2 tiada sebarang pertelingkahan yang berlaku seperti dahulu kala..
adakah ada permainan di sebalik semua ni...??hmm kenapa ye...??

siapakah yahudi....??? macam mane nak tahu mereka..???

Dalam Al-Quran disebutkan antara - antara sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu :


1. Keras hati dan dzalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Tuesday, November 30, 2010

islam kini.......???!!!


Assalamualaikum buat pembaca-pembaca semua, maaf kerana terlalu lama blog ini tidak di''upgrade'kan...mungkin kerana terlalu sibuk dengan uusan kuliah, yang mana sebulan sahaja lagi yang tinggal untuk berdepan dengan kertas-kertas soalan...Moga segalanya dipermudahkan ALLAH nanti...

Untuk post kali ini, ana mahu buka mata dan hati pembaca mengenai keadaan umat Islam kini... Memang sudah diakui bahawa dunia ini hampir dikuasai yahudi dan nasrani...seolah-olah umat islam di jadikan watak-watak pelakon, atas arahan pengarah-pengarah yahudi dan nasrani....itulah yang ana dapat simpulkan...setuju atau tidak terpulang...tapi inilah REALITI....!!!



Apa pandangan anda...??? adakah ini gambaran mengenai islam kini...?? apa perasaan anda...??

hmm sdihnya...
eee..geramnyerr....
hmm apa nak jadi ni dengan islam..??
hmm aku tak tahu nak buat apa....
hm serahkan pada yang Esa..

yang mana satu jawapan anda..?? ataukah hanya mampu berdiam diri mendengar gelak ketawa yahudi...?? mendengar tepukan tangan nasrani..??
Tolong fikirkan masa depan Islam walaupun sejenak..
.jika anda benar-benar sayangkan Islam..
dan ada kesedaran mengenai Islam.....

Friday, November 5, 2010

:: apa pula IFC???:::

assalamualaikum pembaca-pembaca...

untuk post kali ini, suka untuk diri ini menukilkan post bagi menambahkan senstiviti kita bersama mengenai Islam...sebelum ini, kita digemparkan dengan isu SIS, seterusnya IFF...kini, Islam semakin dicincang, ditumbuk lumat-lumat oleh umat islam sendiri..yang mana memberi peluang untuk yahudi menjajah bumi.menguasai semua sektor..kini agama kita diancam lagi dengan penubuhan IFC...


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

**********************************************************

1. apa itu IFC??



IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama termasuk agama Islam akibat desakan penganut agama lain.

Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

****************************************

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

**************************************

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?



1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

****************************************

Bahkan baru-baru Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkansignature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].


Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakapperkara ini dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia...tidak lupa juga kepada penuntut-penuntut ilmu sama ada yang belajar didalam mahupun diluar negara agar sentiasa saling memesan sesama ikhwanul muslimin.


Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Mereka kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia .
Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,

macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Mana ulamak-ulamak yang diiktiraf oleh kerajaan...?? adakah mereka sanggup melihat agama Islam ditindas oleh pemberi-pemberi wang kepada mereka..sanggup kerana takut kehilangan harta...?? takut kehilangan pangkat dan kemasyhuran...?? adakah mereka ini yang patut digelar ulamak islam....??
hm..kalau dipersoal mengenai perkara ini memang tak habis...huhu Jom buka mata kita semua..!! buka hati dan iman...Kita akan nampak dan sedar atas kefahaman kita mana yang hak dan batil...sedih bila dikenangkan Islam yang dihina di negara sendiri...apatah lagi di negara yahudi..kenapa umat islam kini begini....??? kerana diracuni yahudi..!!!...