Followers

Tuesday, November 30, 2010

islam kini.......???!!!


Assalamualaikum buat pembaca-pembaca semua, maaf kerana terlalu lama blog ini tidak di''upgrade'kan...mungkin kerana terlalu sibuk dengan uusan kuliah, yang mana sebulan sahaja lagi yang tinggal untuk berdepan dengan kertas-kertas soalan...Moga segalanya dipermudahkan ALLAH nanti...

Untuk post kali ini, ana mahu buka mata dan hati pembaca mengenai keadaan umat Islam kini... Memang sudah diakui bahawa dunia ini hampir dikuasai yahudi dan nasrani...seolah-olah umat islam di jadikan watak-watak pelakon, atas arahan pengarah-pengarah yahudi dan nasrani....itulah yang ana dapat simpulkan...setuju atau tidak terpulang...tapi inilah REALITI....!!!



Apa pandangan anda...??? adakah ini gambaran mengenai islam kini...?? apa perasaan anda...??

hmm sdihnya...
eee..geramnyerr....
hmm apa nak jadi ni dengan islam..??
hmm aku tak tahu nak buat apa....
hm serahkan pada yang Esa..

yang mana satu jawapan anda..?? ataukah hanya mampu berdiam diri mendengar gelak ketawa yahudi...?? mendengar tepukan tangan nasrani..??
Tolong fikirkan masa depan Islam walaupun sejenak..
.jika anda benar-benar sayangkan Islam..
dan ada kesedaran mengenai Islam.....

Friday, November 5, 2010

:: apa pula IFC???:::

assalamualaikum pembaca-pembaca...

untuk post kali ini, suka untuk diri ini menukilkan post bagi menambahkan senstiviti kita bersama mengenai Islam...sebelum ini, kita digemparkan dengan isu SIS, seterusnya IFF...kini, Islam semakin dicincang, ditumbuk lumat-lumat oleh umat islam sendiri..yang mana memberi peluang untuk yahudi menjajah bumi.menguasai semua sektor..kini agama kita diancam lagi dengan penubuhan IFC...


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

**********************************************************

1. apa itu IFC??



IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama termasuk agama Islam akibat desakan penganut agama lain.

Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

****************************************

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

**************************************

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?



1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

****************************************

Bahkan baru-baru Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkansignature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].


Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakapperkara ini dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia...tidak lupa juga kepada penuntut-penuntut ilmu sama ada yang belajar didalam mahupun diluar negara agar sentiasa saling memesan sesama ikhwanul muslimin.


Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Mereka kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia .
Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,

macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Mana ulamak-ulamak yang diiktiraf oleh kerajaan...?? adakah mereka sanggup melihat agama Islam ditindas oleh pemberi-pemberi wang kepada mereka..sanggup kerana takut kehilangan harta...?? takut kehilangan pangkat dan kemasyhuran...?? adakah mereka ini yang patut digelar ulamak islam....??
hm..kalau dipersoal mengenai perkara ini memang tak habis...huhu Jom buka mata kita semua..!! buka hati dan iman...Kita akan nampak dan sedar atas kefahaman kita mana yang hak dan batil...sedih bila dikenangkan Islam yang dihina di negara sendiri...apatah lagi di negara yahudi..kenapa umat islam kini begini....??? kerana diracuni yahudi..!!!...

Wednesday, October 27, 2010

:: iri hati.....??? ::


Rasulullah saw bersabda :
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar(yang diredhai oleh Allah)dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain".
Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian :

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki
dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri
semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan di dalam dua perkara:

i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.


ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan
yang diredhai oleh Allah.

:: apa sebenarnye tujuan IFF...??? baik,,tp cara yg salah......;;

2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.

“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.”

Untuk makluman para pembaca bolg ini, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (Ustaz Nasrudin hasan) telah menghantar Bicara atau Memo taubat kepada Rosmah Mansor atau wakilnya sebagai wakil umat Islam untuk menunjukkan sifat terkilan dengan apa yang dilakukan oleh Rosmah mansor yang menganjur festival ini...apa yang menjadi persoalan saya sekarang, DIMANA ULAMA'-ULAMA' kerajaan yang selama ini di agung-agungkan..?? di manakah mereka bagi menunjukkan sebarang sifat senstiviti dengan hal-hal islam...???? JANGANLAH anda bersembunyi dan bersubahat dengan KEMUNGKARAN dan KEMAKSIATAN....!!!

Seterusnya, saya akan menyenaraikan isi-isi Memo taubat yang dikirimkan kepada Rosmah Mansor secara terperinci...mari kita sama-sama panjatkan doa agar Rosmah Mansor dan yang bersekutu dengannya agar sedar dari kesilapan dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan , malah bangkit untuk sama-sam a membantu membina DAULAH ISLAMIAH....!! ALLAHU AKBAR..!!

MEMO TAUBAT


1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

>> Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

>>Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan ... )

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran Islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .



Ustaz Nasrudin Hassan TantawiKetua Dewan Pemuda PAS Pusat

:: BANGGA........??? mane perginya terapan agama dlm diri..??


Rentetan dengan program atau festival yg dikepalai oleh Rosmah mansor, ramai mahasiswa/wi yang bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mengenai penghinaan sebegini rupa...antaranya bantahan demokrasi dari DPP Terengganu...alhamdulillah ramai yang telah menedari mengenai perkara ini..sifat sentiviti dalam Islam telah mendapat sambutan..alhmdulillah ..ianya akan lahir setelah kefahaman mengenai agama hadir dalam diri, dan akhirnya mempunyai sifat sentiviti yang menyentuh mengenai agama...alhmdulillah... Namun, perkara ini tidak menjadi sensitiviti sebahagian masyarakat kita..walaupun mereka adalah umat islam..lebih-lebih lagi apabila mereka itu sendiri adalah barisan kepimpinan negara kita...ke mana perginya ilmu agama yang perlu ada dalam diri mereka..???

jom kita mengetahui lebih dalam tentang perkara ini..malah pengakuan ROSMAH MANSOR " BANGGAN DENGAN IFF MONTE CARLO...!!



********************************************************************************



ONTE CARLO 10 Ogos - Penganjuran Festival Fesyen Islamik (IFF) mampu membantu merapatkan jurang antara negara Islam dan Barat kerana ia secara tidak langsung dapat memberi kefahaman kepada masyarakat dunia terhadap keindahan budaya Islam.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sehubungan itu penjelajahan merentas dunia untuk mempromosikan busana Muslim mampu mengubah persepsi terhadap dunia Islam, memberi inspirasi di samping memperkukuhkan ikatan antara negara.

"Salah satu objektif terbesar IFF adalah menyatukan budaya dan negara untuk memberitahu bahawa melalui fesyen kita merangsang pemahaman dan rasa hormat antara masyarakat yang berbeza agama dan kepercayaan. "Saya berbangga kerana IFF telah berjaya sampai sebegini jauh untuk mempromosikan busana Islam dan mendapat maklum balas daripada pelbagai latar belakang dan agama di samping memperkukuhkan industri fesyen tersebut ke peringkat lebih tinggi," katanya. Beliau berucap pada majlis malam gala amal dan pertunjukan fesyen IFF di The Monte Carlo Sporting Club dekat sini malam semalam.

Antara pereka fesyen yang terlibat termasuk Datuk Tom Abang Saufi dari Malaysia dan Ghea Panggabean dari Indonesia. Pada majlis tersebut sejumlah RM789,600 (188,000 euro) berjaya dikumpul menerusi lelongan tiga barangan termasuk foto Putera Monaco, Putera Albert II ketika mengunjungi Sarawak pada dua tahun lalu. Kutipan itu akan disumbangkan kepada Yayasan Putera Albert II bagi membantu pemuliharaan alam sekitar. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Putera Monaco, Putera Albert II; Perdana Menteri Qatar dan isteri, Sheikh Hamad Al-Thani dan Sheikha Noora Abdul Aziz Al Hubaien; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta pengasas dan pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah.

Penganjuran IFF kali ini melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dianjurkan di Eropah. IFF mula diperkenalkan pada 2006 dan sudah memasuki edisi keempat dengan objektif memartabatkan fesyen Islam di mata dunia. Rosmah yang juga penaung IFF berkata, sebagai perintis dalam menggerakkan fesyen Islam, Malaysia harus mengambil peluang jurang dalam pasaran busana Muslim yang luas memandangkan ia bukan sahaja sesuai dipakai Muslimah tetapi wanita keseluruhannya. Lebih-lebih lagi, kata beliau, Malaysia sendiri sudah dikenali sebagai sebuah negara yang mengamalkan pendekatan sederhana dalam beragama selain pelopor kepada perdagangan Islam termasuk perbankan dan kewangan Islam dan dikenali sebagai hab halal untuk memasarkan pelbagai produk kepada pengguna Muslim di dunia. Justeru, beliau yakin, penguasaan pasaran itu mampu menjadi realiti sekiranya semua pelopor pergerakan fesyen Islam meneruskan kesinambungan usaha tersebut.

Rosmah juga menganggap pemilihan kota Monte Carlo sebagai lokasi penganjuran kali ini amat tepat bukan saja untuk mempromosikan fesyen Islam tetapi juga pembuka jalan kepada pasaran Eropah bagi fesyen islamik yang diinspirasikan dari Malaysia dan seluruh Asia. Sementara itu, Albert berkata, penganjuran festival fesyen berkenaan merupakan langkah penting untuk mengubah perspektif negatif dan prejudis terhadap fesyen Islam. "Acara malam ini sederhana tetapi amat penting untuk mengeratkan persahabatan dan memastikan alam sekitar terus dipelihara dan menyingkirkan ketakutan terhadap busana Muslim," katanya. - UTUSAN

Thursday, October 21, 2010

:: makan daging unta::

Baru-baru ini, ada sahabat saya bertanyakan tentang perkara-perkara yang membatalkan wudu'...kemudian dia mengutarakan soalan mengenai adakah batal wudu' setelah makan daging...?? alhamdulillah , di sini akan saya nyatakan perselisihan ulama' mengenai masalah ini bersama pendapat yang paling rojih di kalangan para ulama'..semoga post kali ini terjawab bagi soalan tersebut...

بسم الله الرحمن الرحيم…..

Perbahasan ulama’ mengenai : “adakah batal wudu’ dengan makan daging unta”

المبحث في أكل لحم الإبل

Pertama: tidak membatalkan wudu’ dengan daging yang dibakar dengan api. (imam hanafi , imam maliki dan imam syafie)

Dalil-dalil:

المستدرك على الصحيحين ج4 ص125

7101 حدثناه أبو العباس محمد بن يعقوب أنبأ محمد بن عبد الله بن عبد الحكم أنبأ بن وهب أخبرني عمرو بن الحارث حدثني سعيد بن أبي هلال أن عبد الله بن عبيد الله حدثه عن أبي غطفان عن أبي رافع قال كنت أشوي لرسول الله صلى الله عليه وسلم بطن الشاة فيأكل منه ثم يخرج إلى الصلاة

7102 حدثنا أبو العباس في فوائد بن عبد الحكم أنبأ محمد بن عبد الله بن الحكم أخبرني أبي وشعيب بن الليث ثنا الليث بن سعد ثنا خالد بن يزيد عن سعيد بن أبي هلال عن عبيد الله بن رافع أن أبا غطفان المري حدثه عن أبي رافع قال كنت أشوي لرسول الله صلى الله عليه وسلم بطن الشاة وقد توضأ للصلاة فيأكل منه ثم يخرج إلى الصلاة هذا حديث صحيح الإسناد على شرط الشيخين ولم يخرجاه

المستدرك على الصحيحين ، اسم المؤلف: محمد بن عبدالله أبو عبدالله الحاكم النيسابوري ، دار النشر : دار الكتب العلمية - بيروت - 1411هـ - 1990م ، الطبعة : الأولى ، تحقيق : مصطفى عبد القادر عطا

Kedua:

batal wudu’ sama ada daging itu dimasak atau dimakan mentah (imam hanbali)

Dalil-dalil:

صحيح مسلم ج1ص 275

360 حدثنا أبو كامل فضيل بن حسين الجحدري حدثنا أبو عوانة عن عثمان بن عبد الله بن موهب عن جعفر بن أبي ثور عن جابر بن سمرة أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم أأتوضأ من لحوم الغنم قال إن شئت فتوضأ وإن شئت فلا توضأ قال أتوضأ من لحوم الإبل قال نعم فتوضأ من لحوم الإبل قال أصلي في مرابض الغنم قال نعم قال أصلي في مبارك الإبل قال لا

صحيح مسلم ، اسم المؤلف: مسلم بن الحجاج أبو الحسين القشيري النيسابوري ، دار النشر : دار إحياء التراث العربي - بيروت ، تحقيق : محمد فؤاد عبد الباقي

سنن أبي داود ج1 ص47

184 حدثنا عثمان بن أبي شيبة ثنا أبو معاوية ثنا الأعمش عن عبد الله بن عبد الله الرازي عن عبد الرحمن بن أبي ليلى عن البراء بن عازب قال سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الوضوء من لحوم الإبل فقال توضؤوا منها وسئل عن لحوم الغنم فقال لا تتوضؤا منها وسئل عن الصلاة في مبارك الإبل فقال لا تصلوا في مبارك الإبل فإنها من الشياطين وسئل عن الصلاة في مرابض الغنم فقال صلوا فيها فإنها بركة

سنن أبي داود ، اسم المؤلف: سليمان بن الأشعث أبو داود السجستاني الأزدي ، دار النشر : دار الفكر - - ، تحقيق : محمد محيي الدين عبد الحميد

Ketiga: terbatal wudu’ dengan makanan yang dibakar dengan api

- و حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي حَدَّثَنِي عُقَيْلُ بْنُ خَالِدٍ قَالَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ أَنَّ خَارِجَةَ بْنَ زَيْدٍ الْأَنْصَارِيَّ أَخْبَرَهُ أَنَّ أَبَاهُ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوُضُوءُ مِمَّا مَسَّتْ النَّار


Pendapat rojih

Pendapat yang ke2 iaitu dari imam hanbali kerana dalil-dalil yang diberikan lebih kuat dan menunjukkan khusus kepada daging unta…wallahua’lam.


Tuesday, October 19, 2010

ISlamic FasHiOn feStIvAL.....!!!! inikah yg di syariatkan dlm agama!!!

...bismillahirrohmanirrohim....

Baru-baru ini Rosmah Mansor telah menganjurkan Islamic Festival...nama festival ini nampak seperti ingin membangunkan semula Daulah islam...tapi..yang lain pulak jadinya.....Sebenarnya fashion yang bagaimanakah mengikut cara Islam....!!

Andai nabi Muhammad masih hidup hingga kini...saya pasti..!! Rasulullah menangis melihat umat kini...siapa yang bertanggungjawab...???!! ini yang menganjurkan sendiri orang islam...tapi sanggup mencemarkan agama islam..!! Allah2....

Hampir menangis saya melihat Festival yang dianjurkan Rosmah sendiri.....Sewajibnya barisan kepimpinan membawa kefahaman islam kepada masyarakat yang semakin rancak dengan dunia....sebab itu, pemilihan pemimpin sangat penting..agar agama kita, agama Islam..terus terpelihara dan tertegak mengikut acuan Islam..

Di sini , saya sertakan bukti2 yang menunjukakan festival tersebut menghina Islam....nauzubillah....
jadi...apa pandangan anda tentang post kali ini....????!!


::|| BuKTi iSLaMic FaShiON FeSTiVaL HiNa iSLaM !!! ||::

Penaung Festival Fesyen Islam(FFI) harus bertanggungjawab!...

BIADAP!..rupanya kalimat di dalam perkataan arab itu adalah merujuk kepada junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW!..umat yang cinta akan kekasih Allah ini seharusnya tidak meredhai kemungkaran ini..

Kita menuntut pihak yang berkaitan supaya
memberi penjelasan seterusnya membuat permohonan maaf!..

p/s: Terbaru: Video "Legends Islamic Fashion Show HD" yang membuktikan festival ini telah menghina Islam dikepalai oleh Rosmah Mansor telah diremove oleh user video terbabit atas desakan pihak tertentu..

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..






sumber : http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com