Followers

Sunday, June 19, 2011

::: usTazAh PiLihAn...?? :::




Baru-baru ini, muslimah-muslimah di Malaysia digembar-gemburkan dengan program realiti TV yang baru, “Ustazah Pilihan”. Kata mereka (penerbit), untuk mencari ikon muslimah sejati. Dengan ramalan sehangat sambutan Imam Muda, saya yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini...

'Ustazah Pilihan' merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di Astro Oasis. Tujuan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memamaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati. Pendek kata, mana-mana 'ustazah' yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’, sempurna untuk hati seorang lelaki.ye, mungkin ianya merupakan salah satu medium dakwah yang hendak disampaikan kepada masyarakat..
Dan adakah program reliti ini ada link dengan program "wanita melayu terakhir"...?? Yang pada mulanya nampak menarik, menunjukkan wanita itu mampu bekerjaya... sayangnya, ada pula unsur-unsur kemaksiatan.. kerana ada juga peserta yang tidak menutu aurat.. baju ppula dibiarkan ketat... menutup aurat atau membungkus aurat namanya tu..??

kita kembali kepada tajuk hangat kita..jadi,apa pendapat sahabat-sahabat semua tentang program baru ini...?? hm pada saya , sebaik-baik perempuan itu adalah tidak memadang dan dipandang (kembali kepada apa yang dimksudkan dengan kalam Allah dalam surah anNUr:31)

sememangnya perhiasan atau erti kata lain tabarruj yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”...Ditambah lagi dengan firman Allah di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : "Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita....".

jadi, tidak mustahil juga, perhiasan ini digunakan secara berlebihan... hmm antara contoh yang kita nampak sekarang ni, tudung yg pelbagai fesyen.. ye, menutup aurat tetapi tidak mengikut syariat yg ditetapkan.." tutplah kerudung hingga ke dada: surah An Nur: 31...
keduanya, mengundang mata-mata liar para lelaki yang bermasalah hati.. sudah menjadi saham kepada mereka ke neraka apabila melihatnya.. takut-takut "ustazah pilihan" nak dijadikan ustazah teladan menjadi "ustazah idaman"...

Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini : “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”

2. Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.

Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?

*Ianya sekadar pendapat.. tidak mengapa jika ada pihak yang tidak sependapat dengan saya.. andai kata, realiti show ini membawa banyak perkara yang positif berbanding negatif, dan tiada unsur2 kemungkaran insyaAllah.. urusan akan dipermudahkan....

wait n see je la ye ape yg hendak didampaikan oleh penerbit "ustazah pilihan" ni...^_^ sebagai seorang muslim mahupun muslimah, demi menjaga agama suci kita... BUKALAH MATA..BUKA HATI.. moga Islam kembali dengan gahnya walaupun dalam keadaan ghuraba'.....ye Islam itu datang dan kembali dalam keadaan yang sama iaituu GHURABA'..(ASING)...moga kita tergolong dalam golongan GHUROBA" itu...amin...

3 comments:

  1. setuju.
    ana tak suka dgn program realiti ni.
    mempertontonkan muslimah.. jadi tatapan lelaki ajnabi seluruh dunia. astaghfirullah..

    ReplyDelete
  2. setuju!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete