Followers

Friday, March 11, 2011

::ape nk jadi dh ni....??? haii :::

2011 : Majlis makan malam dijamu dengan tarian dan persembahan separuh lucah di PUTRAJAYA


assalamualaikum.........
maaf kerana diri ini tidak dpt meluangkan masa berkongsi ilmu, isu semasa dan sebagainya..untuk post kali ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi isu semasa yang menyentuh mengenai adab dan tatacara sebagai seorang muslim mahupun muslimah..walaupun, paparan kali ini telah lama berlalu, tapi saya pasti ada antara sahabat yang lain tidak mengetahuinya..saya rasa ada tanggungjawab untuk kongsikan bersama semua...

Gambar-gambar diatas adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..

Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..

Gambar pertunjukan ala 'Tiger show' ini dirakam ketika hadirin sedang leka dengan penari/model separuh lucah..mereka bukan sahaja 'dijamu' dengan tarian dan persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang, memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini..

Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah
dari bangsa Melayu, yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa ternyata telah melampaui batas dan mencemar maruah Islam...apa reaksi mereka? kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam gambar2 ini..

Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau negara jiran seperti Thailand..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, PUTRAJAYA, menjadi pusat aktiviti ala jahiliah ini!

Bantah 'Hub Hiburan' Najib!

Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di SINI..

Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi menangguh atau membatalkan cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang menyokong Hub Hiburan Najib ini??..klik di SINI..

Ambil tindakan

Untuk yg terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..

Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!

Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...







Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak
menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.

Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.

9 comments:

  1. kenapela negare islam benarkan bnde ni??
    negare islam ke mcm ni??
    masyaAllah...=(

    ReplyDelete
  2. ntahlah....semuanye kembali kepada kesedaran masing2...andai perkara ini berulang, tiada lg lah adab sebagai org islam di negara ini...:(

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH!!! sedihnya dpt pemimpin yg jahil tentang ajaran ISLAM... inilah dunia akhir zaman,yg haram menjadi halal dan cara hidup namun perkara yg dituntut oleh ALLAH dalam Al-Quran diketepikan...
    astaghfirullah al'azim...

    ReplyDelete
  4. apabila hukum Allah dilepakan, maka yg haram n=menjadi halal...maksiat pula menjadi kebiasaan..Allahu Akbar....!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    saya bukanlah terlalu baik dan terlalu arif dalam bidang agama. namun berkongsi sesuatu yang tidak baik itu harus untuk iktibar bersama namun apabila kita berkongsi gambar2 seksi orag lain dan kemungkinan si fulan bin si fulan yang terlihat dan berahi maka orang yang menyiarkan gambar tersebut juga mendapat habuanya.. jadi elok saja saudari buang semua gambar tak sedap dilihat tersebut. cuma komen dan kritikan saja yang diberikan..wallahualam..sekadar pendapat insan kerdil di sisi Allah swt

    ReplyDelete
  6. wsalam wbt...trima ksih krn sudi menziarahi blog ana...trima kasih ats nasihat yg diberi..segala tindakan kita, merujuk pada tujuan asal kita...tujuan ana post artikel ni, bukanlah utk membuka aib sesiapa, tapi utk membuka mata serta hati pembaca mngenai keadaan akhlak umat islam sekarang..justeru, masing2 akan merasakan tanggungjwb yg harus dilaksanakan...krn rmai yg dahaga ilmu agama diluar sne...firman Allah Taa'la "SESUNGGUHNYA KEBENARN ITU DRPD TUHN KMU..MKA JGNLAH KAMU TMASUK DRI KLANGAN ORG YG RAGU2.." insyaAllah semoga masing2 mengambil iktibar dari post2 dlm blog ini...wallahua'lam..^^,

    ReplyDelete
  7. pernah juga terserempak situasi mcm tu di sebuah hotel di msia... doraang wat show time tgh mkn... cuba bygkn kalau ank2 kecil yg tgok..... tu mesti bapok...

    ReplyDelete
  8. dat hotel..baru je kot pergi dinner kt ctu for kolej dinner..alhamdulillah nasib baik xde la mnde2 mksiat mcm tu..

    ReplyDelete
  9. sedih sekali umat akhir zaman masih tidak sedar kan diri setelah berkali-kali diingtkan ..

    ReplyDelete