Followers

Thursday, September 2, 2010

:: lebaran semakin hampir ::



Terasa terlalu sayu ingin meninggalkan bulan ramadan..tetapi itulah hakikatnya..ia akan berakhir dengan kemenangan atau kekalahan...adakah kita menang?? atau sebaliknya..??
menang dengan berjaya membawa perubahan dari sebelumnya..ataupun tiada perubahan langsung malah lebih buruk dari sebelumnya..??

Sebagai trend atau adat yang biasa di lakukan oleh masyarakat kita...yang kosong jiwanya, yang dahagakan ilmu agama...Mereka akan mula berbuat amalan kebajikan pd bulan Ramadhan shj..yang mana yang tidak pakai tudung, akan pakai....yang jarang membaca AlQuran, akan membanya sekurang2nya 2 kali seminggu...tetapi akan kembali melakukan maksiat setelah tiba bulan lain...Allah2..!! adakah ini ajaran yang di tuntut oleh agama kita..??

Bagaimana pula mereka yang puasa tetapi tidak solat..?? puasa tetapi tidak menutup aurat..?? malah, rugilah mereka yang hanya berpuasa tetapi tidak berlumba2 dan tidak mengambil peluang yang hanya ada dalam sebulan setahun utk melakukan amalan2 sunat..tahukah mereka solat sunat yang dilakukan pd bulan Ramadhan sama ganjarannya dengan solat fardhu...?? mungkinkah mereka sudah cukup bekalan utk di bawa ke Akhirat..?? aku menyangka baik...dan mungkin mereka tahu bahawa mereka akan bertemu dengan bulan ramadhan lagi pada tahun hadapan.....di manakah kita tergolong...??? fikir2kanlah....

ya ALLAh, aku merasakan ramadhan kali ini, bermakna dari sebelumnya....bulan yg mudah utk khatam alQur'an berbilang kali..bulan yang mudah utk qiam...mengingatiMu acap kali...ya ALLAH moga ramadhan ini, menjadikan permulaan utk aku istiqamah dalam menunaikan ibadah fardhu dan sunat...amal makruf dan nahi mungkar...kuatkanlah aku ya ALLAH...ku mohon...

lagi berapa langkah sahaja, kita akan membuka malam raya, satu syawal yang bakal menjelma...tika inilah ramai yang menyibukkan diri dengan persiapan hari raya..dengan menukar langsir, kusyen, memasukkan kuih muih dalam telap, menyiapkan makanan hari raya sambil bergurau senda..masih terbayang di kaca mataku, saat2 manis menyambut hari raya pada tahun2 yang lalu bersama keluarga...tetapi kini, aku akan beraya bersama kwn2 without mt lovely family..Allah...

Adakala kala ini, orang2 kita mengucapkan kesyukuran kpd ALLAh dgn qiam..? solat malam berjemaah..?? terlalu dikit dan sedikit jika ingin dibandingkan dengan mereka yang terlalu ghairah dengan persiapan hari raya...di manakah kesyukuran yang perlu di ucapkan sebagai seorang hamba kpd Tuhannya..?? Allah...inilah kealpaan yang terlalu nyata dalam masyarakat kita...sepatutnya, bersyukurlah kita krn masih lg diberi nafas utk menyambut hari raya selepas sebulan menahan lapar dan dahaga..

Tahun ini terasa sebak di hati, utk meninggalkan bulan yang mulia,..malah lebih sebak, pabila beraya tanpa keluarga di sisi...lagu hari raya semakin kedengaran di corong2 handset..air mata tidak mampu utk menahan dr terus mengalir..hati pula tidak tahan utk menahan sebak...dulu, nak balik ke rumah dr asrama pun, kerinduan teramat...inikan pula berada beribu2 kilometer...hmm...siapa yang hidup di perantaun yang tau...

Akhir kalam, mari sama2 kita istiqamah dalam melakukan ibadah...jadikan bulan ramadhan ini, sebagai bulan permulaan utk melakukan perkara2 yang makruf..dan dpt tingkatkan lg ke bulan2 seterusnya, insyaALLAH ...amin...mudah2an ALLAh permudahkan urusan kita...ingat '' jadilah kita orang yang mengabdikan diri kdp ALLAh, dan bukan hanya mengabdikan kpdNYA di bulan Ramadhan shj..''

Selamat hari raya ku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini..terutamanya ibu, ayah, abang, angah , adik2....maaf zahir batin, andai uda ada terkasar bicara, terlanjur kata,mengguris hati dan jiwa....sesungguhnya diri ini terlalu dhaif, terlalu banyak khilaf jika dibandingkan dengan kekasih2 ALLAH yang sudah di janjikan syurga kekal selamanya...ALLAHU AKBAR...kerdilnya diri ini...malunya diri ini tika menghadapMU...

Tidak lupa juga kepada semua yang mengenali diri ini..yang banyak membantu..syukran katsiran..semoga mendapat ganjaran di sisi ALLAH...

No comments:

Post a Comment