Followers

Thursday, July 1, 2010

Mencari erti hidup

Dalam mencari erti hidup
kita sering tersungkur
lalu dengan seribu kesungguhan kita bangun
dengan kekuatan kita berdiri
terus tegap menentang segala aral

Dalam mencari erti hidup
kita sering alpa
dengan seribu janji
dengan seribu madah
denagn seribu khayalan

Dalam mencari erti hidup
kita sering menangis
atas kesilapan lalu
atas dosa-dosa lampau
atas kesalahan lama
atas kejatuhan silam

Dalam mencari erti hidup
kita kenal erti segala
erti persahabatan
erti kekasih
erti gunting dalam lipatan
erti kepayahan
erti kedukaan

Dan...
dalam mncari erti hidup
kita temui sinar bahagia
kita jauhi derita
apabila kita kembali dan pasrah hanya padaNYA
tika itulah
kita temui erti hidup yang sebenarnya..

**********************************************

dalam mencari dan mengenali erti hidup....
kita akan tahu segalanya...
akhirnya kita akan kembali kepadaNYA....
kerana tiada yang kekal melainkanNYA...
kerana hanya kepadaNYA lah kita di hidupkan..
dan kepadaNYA jualah kita di kembalikan...

No comments:

Post a Comment