Followers

Saturday, February 13, 2010

AIR MATAKU


YA Tuhan
aku hamba yang lemah
begitu banyak ujianMU yang datang bertandang

tidak jemu-jemu menimpa diriku

langkah kaki ini
ingin sahaja berhenti
dari meneruskan fatamorgana kehidupan
yang menguji dan terus menguji jiwaku

Tuhan
ku tahu KAU menyayangiku
kerana KAU ingin menguji keimananku terhadapMU
menguji kesetiaanku terhadapMU

aku sedar
aku bukan alim ulama'
apatah lagi dalam kalangan syuhada'
mahupun ahli fuqoha'
aku hanyalah insan biasa
yang tidak lari dari kekhilafan
di peradaban masa dunia

Tuhan
sudikah KAU mengampuni diriku ini
yang penuh dengan dosa-dosa hitam
yang banyak khilaf mahupun lagha

betapa hinanya diri ini
kotornya hati ini
kerdilnya jiwa ini
KAU tetap YANG MAHA ESA
aku pula tetap manusia biasa
maafkan ku TUHAN
ku pohon...

*****************************************************************
kenapa dengan aku??

itulah suara hati yang membisikkan segalanya
jiwa ini merasakan tidak sanggup untuk meneruskan
ujian dan dugaan yang bakal menghampiri diri..
sedangkan hati ini tahu Sang Pencipta tidak akan memberi
ujian yang tidak dapat ditanggung hambaNYA
baru di uji sedikit..sudah mengeluh...
mestikah aku bertindak sedemikian...??
tidak..ku tahu Sang Pencipta menyayangiku
menduga tahap kesabaranku
bukan menzalimiku..ALLAH itu MAHA ADIL

''innallaha ma'as sobirin''
''la yukallifullahu nafsan illa wus'aha''

ya...aku tahu itu...janji ALLAh itu PASTI!!
**********************************************************************

1 comment:

  1. sesungguhnya setiap yang berlaku itu ade hikmahnya...janganlah dikau cepat tersungkur rebah dengan ujianNYA..tetapi sentiasalah mengharapkan maghfirah daripadaNYA...takut2 hati kita jauh dariNYA...na'uzubillah....
    ingatlah ALLAH itu MAHA MENDENGAR lg MAHA MENGASIHANI setiap rintihan hamba-hambaNYA...
    wallahu a'lam

    ReplyDelete