Followers

Wednesday, March 21, 2012

:: dimana kiblatku ::


Assalamualaikum wbt..

Hmm... kali ini ana nak kongsikan satu cerita.. sekadar perkongsian tapi tak tahulah klu jalan cerita ni pernah berlaku.. Tak tahulah kenapa dalam bayangan cerita ini terngiang-ngiang dalam fikiran.. Jadi, ana rasa ia patut dikongsikan kepada orang lain..^^

Aku memasukkan kereta dalam kawasan rumah.. Aku menoleh ke rumah sebelah, ''nampaknya aku ada jiran baru'', bisik hatiku.. Aku terus masuk ke rumah dan duduk di ruang tamu..Seperti biasa aku akan membuka lagu dan berkaroake lagu kesukaanku..
Tiba-tiba aku dengar ketukan dan suara memberi salam.. Tanpa buang masa aku bangun dan menuju ke pintu.. '' Assalamualikum..'' Kata seorang pak cik tua sambil tersenyum.. Aku menjawab salam.. " maafkan pakcik, pak cik jiran baru kamu. Baru pindah sebelah rumah kamu ni''. " owh..saya nampak juga tadi pak cik''. ''Pak cik nak tanya arah qiblat, qiblat ke arah mana ye nak''. Terkejut aku mendengar soalan dari mulut pak cik itu, aku terpukul dengan perkataan '' arah qiblat''. ''hmm....hmm.... mungkin arah menegak pak cik''. '' menegak ke arah mana? ''. '' hmm arah mcm ni kot pak cik..'', kataku sambil menggosok-gosok kepala. Pak cik itu kelihatan pelik dengan tingkah lakuku dan berkata '' mcm mane boleh ada kot nak? . nak lupa qiblat ea..? ". "bukan lupa, tapi tak pernah tahu'' monolog hatiku..aku teringat sejak aku pindah ke rumah ini 3 tahun yang lalu, aku tidak pernah tahu mana qiblatku.. bukan qiblat je aku tak tahu, sejadah pun aku tak ada..

''tak pe lah nak, maaf pak cik ganggu kamu. hmm cuma pak cik nak ingatkan Allah tak pernah lupakan kita walau tiap saat kita lupakan Dia.. Tapi sampai bila kita lupakan Pencipta kita? Klu tak terdetik Pencipta tu nak ciptakan kita, pasti kita tak wujud kat dunia ni nak.. pasti kita tak pernah ditakdirkan untuk bertemu.. Maafkan pak cik, hanya nasihat pak cik yang tua ni..Assalamualaikum nak..''. Aku menyambut salamnya dan menjawab salam.. Usai pak cik melangkah keluar dari kawasan rumahku, hatiku pilu.. Tak tergambar perasaan aku ketika itu..

Aku melangkah masuk ke ruang tamu.. Ya Allah mana qiblatku..?? mana hatiku..?? Allah..!! Aku menjerit dan menangis semahu-mahunya..Allah..Allah...

Agak-agak kan andai pak cik itu adalah Rasulullah, apakah agaknya perasaan Baginda ketika itu? Masih ramai umatnya yang alpa dan masih tebuai dengan nikmat dunia.. Allahu Rabbi..

Ana teringat kisah jiran ana.. Ana nak kongsikan dan bukan nak buka keaiban.. Ana cukup kesal dengan watak seorang muslimah.. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib.. Muka ayah kelihatan muram dan keluar dari rumah.. Bunyi radio yang datangnya dari jiran sebelah sangat kuat dan tidak diberhentikan ketika azan.. Ayah ketuk pintu dan berkata dengan nada yang lembut '' tutp radio tu dik, azan sekarang ni..'' . Tapi apa yang menyedihkan kata-kata ayah itu dibalas dengan '' Hei orang tua..!! jgn nak menyebok lah..tak payah buat alim..!! sibuk je la kcu hal orang lain..!! " . Allahu Robbi.. terkejut ayah dengan kata-kata anak dara tu.. luluh hati ayah dikatakan sedemikian..

Ibu terus panggil ayah dan mengajak masuk ke dalam rumah. Rupa-rupanya ibu perhatikan kejadian itu dari mula.. Ibu pun tak sanggup ayah dihina mcm tu.. Allah2...!! di manakah sifat kasih yang Allah cmpakkan pada setiap diri manusia..?? di manakah keimanannya..??

Haishh... cerita ni ibu terlepas cerita kat ana.. Lepas dengar tntg ni, rasa geram sgt2.. Kalaulah ana ada waktu tu.. aissshhh...sapa yang tak marah bila ayah ibu dihina...!!! huh Tapi walau apa pun, dia tetap mad'u kita.. Mad'u tidak boleh dilayan dengan kasaq,..huhu Moga Allah memberikannya hidayah...amin..

Moga cerita-cerita ini sedikit banyak memberi pengajaran.. Sampai bila kita dalam kejahilan..?? Sampai bila kemaksiatan dan kemungkaran menjadi sahabat baik kita..?? btul x? Allah tidak menciptakan kita untuk memusnahkan muka bumi, tetapi ciptakan kita untuk memakmurkan muka bumi dengan nur-nur Islam dan menegakkan syiar-syiar Islam seterusnya menegakkan daulah Islamiah...^_^

Sekian dari ana untuk post kali ini..~_^ Assalamualaikum..

Monday, March 19, 2012

:: apakah azan mengganggu sekeliling::



Assalamualaikum wbt smua... mf terlalu lama ana biarkan blog ini bersama dengan post2 yang lama...moga kalian semua dilindungi Allah SWT..amin ^^

Sungguh, tiada masa untuk menulis dan meluangkan masa bersama blog ini...
Namun, alhamdulillah. kini ana cuba meluangkan masa sedikit sambil-sambil membuat kerja..

Untuk post kali ini, saya nak kongsikan kepada sahabat2 tentang satu perbahasan mengenai azan mengganggu persekitaran.. Apakah benar..?? Ingat lagi tak mengenai berita satu ketika dahulu, seorang india yang beragama hindu meminta pihak kerajaan supaya menghentikan laungan azan di sebuah surau yang berdekatan dengan rumahnya.. Perkara ini membuatkan ramai yang bangkit, dan mempertahankan syiar Islam ini.. Tapi inilah sifat umat Islam kita, bila diugut, baru nak bangun... Agak-agak kalau kejadian macam ni tak berlaku, masyarakat Islam hidup dengan keadaan yang sangat selesa...betol tak?

Semua orang maklum mengenai apa yang terjadi di negara yang berdekatan dengan Negeri Johor, Singapura.. Di manakah laungan-laungan azan dan Iqomah..? Apakah masih ada lagi laungan azan di corong-corong radio Singapura atau di media Televisyen..??
Namun sahabat-sahabat, lebih menyedihkan jika yang bergelar muslim sendiri yang menghalang laungan ini.. Apakah wajar jika alasannya kerana mengganggu persekitaran..? alasan ini sama seperti apa yang dikemukakan oelh India
n yg beragama hindu tadi.. Allahu Rabbi.. Dia seolah-olah menolak syiar Islam.. Andai Bilal bin Rabah mengetahui perkara ini, pasti beliau sedih dan mengingati kembali kisah beliau mengalunkan azan dan Iqomah pada suatu ketika dahulu...Apakah launagan azan yang menggunakan speaker benar-benar mengganggu sekeliling...????

Di sini, ana akan berkongsi kepada sahabat-sahabat mengenai perbahasan yang berkaitan dengan azan. Perbahasan ini telah dibahaskan oleh Ahli Tutorial BKJM ( Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir). Ana juga antara Ahli Tutor ini.. Perbahasan ini juga merupakan jawapan bagi mereka yang mengatakan azan mengganggu persekitaran.. Untuk perkongsian semua..^^

Azan dari segi bahasa bermaksud memberi tahu. Manakala dari segi syara’ maksudnya ialah memberi tahu masuknya waktu solat dengan lafaz-lafaz yang tertentu. Azan disyariatkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dalilnya Firman Allah Taala,”Wahai orang-orang yang beriman apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. Selain itu, Baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda, “Jika tiba waktu solat maka azanlah salah seorang di antara kamu”.

Kitab al-Feqhu ‘ala Mazahibul Arba’ah karangan Imam Abdul Rahman Al-Juzairi ada menyatakan tentang sebab pensyariatan azan. Azan disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Selain itu, disebutkan juga bahawa sesiapa yang mengingkari pensyariatan azan, hukumnya jatuh kafir. Ketika Baginda Nabi Muhammad SAW sampai di Madinah, waktu solat sedang masuk. Mereka bermesyuarat mengenai kaedah terbaik untuk memberitahu masyarakat sekeliling tentang telah masuknya waktu solat. Sebahagian sahabat memberi cadangan dengan menggunakan ‘Naqus’ (ketukan kayu). Baginda bersabda, “itu adalah perbuatan golongan Nasrani”. Sebahagian sahabat lain berkata dengan menggunakan terumpit. Baginda bersabda lagi, “itu adalah perbuatan golongan Yahudi”. Sebahagian yang lain pula mencadangkan menggunakan ‘Tamaru’ (sejenis alat muzik). Baginda bersabda, “itu adalah perbuatan orang-orang Rom”. Sebahagian yang lain lagi mengatakan nyalaan api. Baginda bersabda, “ini pula perbuatan golongan Majusi”. Sehinggalah Abdullah bin Zaid bermimpi dengan alamat azan dan iqomah. Maka dia menceritakan mimpinya kepada Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda, “itu adalah petunjuk mimpi”. (Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

Terdapat Hadith lain juga yang juga menunjukkan pensyariatan azan. Di dalam Sohih Bukhari dan Muslim, dari Anas RA berkata: Rasulullah SAW memerintahkan Bilal melaungkan azan dan diikuti dengan iqamah.

Adapun terdapat banyak Hadith yang menunjukkan kelebihan melaungkan azan. Antaranya, diriwayatkan daripada Muawiyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “para muazin adalah sepanjang-panjang manusia di Hari Qiamat nanti.”

Di dalam kitab Feqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr. Wahbah Zuhaili dan kitab Feqh Manhaji karangan Dr. Mustaffa ada menyebutkan mengenai perbuatan meninggikan suara untuk memberi tahu orang lain masuknya waktu solat hukumnya Sunat Muakkad. Bahkan meninggikan suara merupakan syarat sah azan. Ulama juga ada menyebut tentang keadaan sekiranya azan untuk solat sendirian di tempat selain masjid, disunatkan untuk meninggikan suara. Namun, jika azan itu ialah untuk solat sendirian dalam masjid, dan dalam masa yang sama terdapat jemaah sekelilingnya, maka disunatkan untuk merendahkan suara supaya tidaklah disalah anggap oleh pendengar-pendengar lain bahawa telah masuk waktu solat yang seterusnya.

Di dalam kitab Syarah Yakutun Nafis karangan Muhammad bin Ahmad bin Umar Al-Syatiri pula ada menyatakan mengenai perspektif orang Musyrikin tentang azan. Sebahagian mereka berkata, “apa yang membuatkan aku takjub dengan Islam secara tabiatnya adalah dengan namanya Islam, iaitu daripada salam atau selamat. Aku juga takjub dengan azan dan sebaik-baik katanya yang aku terpegun ialah lafaz marilah menuju kejayaan..marilah menuju kejayaan” . Ini menunjukkan laungan azan bukan sahaja melambangkan syiar bagi umat Islam, bahkan menawan hati orang-orang yang mendengarnya.

Kesimpulannya, tiada unsur-unsur yang mengganggu masyarakat sekeliling dalam laungan azan dan Iqamah. Malah, tiada istilah azan mengganggu orang lain. Maka sesiapa yang menyekat dan menghalang dari dilaungkan atau ditinggikan azan, dia seolah-olah telah menolak syiar Islam sendiri. Maka sudah seharusnya kita sebagai umat Islam perlu memastikan agar azan dan Iqamah harus terus dilaungkan demi memastikan syiar kita ini dipertahankan...