Followers

Saturday, March 26, 2011

::LiQo' FiTri::

sempat ambil gambar bertiga...hehe




Alhamdulillah selesai sudah program Liqo" Fitri yg diadakan bersama pelajar2 Islam sekolah Menengah Jalan Mengkibol, Kluang Johor..Program yang hanya dijalankan pd satu malam shaja ini mendapat sambutan yang sangat membanggakan, alhamdulillah...Program yang diketuai pelajar2 Mesir ini dipenuhi dgn talk show, ceramah, tazkirah , Gerak kerja berkumpulan, serta majlis ramah mesra bersama pelajar2 Mesir Kluang..Gambar2 dibawah antara yang diambil, semasa program berjalan...semoga Allah merahmati program ini, dan memelihara jiwa2 yang mnyertainya..amin..tidak lupa juga kepada pihak2 yg mnganjurkan program ini..Terima kasih banyak....Jazakumullahu khoiran insyaAllah...^^, kumpulan saya...^^,
kumpulan Ustaz Faiz... (angah..)
Dipantau oleh Ustaz Anwar..(abang)
kumpulan ustazah Aziela...
barisan2 fasi yg berkaliber...cewah...hehe

Majlis perpisahan dapat menyaksikan, ramai yg menangis...huhu sedih judak nk tinggalkan adik2...pesanan, akk moga adik2 semua blajar bersungguh2, success dlm hidup,...dan jgn upe yg paling utama kewajipan kita sebagai hamba Allah ok..serta berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah..akak sayang adik2 semua..^^, jgn upe doakan kami, abang2 dan akak2 berjaya di Mesir dan dapat mnggapai cita2...amin.. hati lagi mnjadi sayup apabila menerima surat2 drpd adik2...hmmsuke utk sy kongsikan antara surat yg terpilih...hehe

Sunday, March 20, 2011

apabila maksiat menjadi perkara biasa....zina berlarutan..

Assalamualaikum wbt...
semakin mengejutkan diri, apabila mngetahui mngenai statistik bilanagn anak2 luar nikah...Allahu Akbar...sedang mendengar fakta itu, air mata tibe2 mengalir menahan sebak di dada...adakah rasa teruja atau teruji...?? pada tahun 2005, seramai 17 300 anak2 yg di daftar di JPN tanpa nasab..kalau nak diikutkan stiap bulan, berlaku 1441 kes2 zina di negara kite..dan seramai itulah anak2 mereka dianiaya..bilangan ini belum lagi termasuk dengan anak2 yang tidak berdosa di buang di longkak, tempat pembuangan sampah, sungai,hutan,sinki dan sebagainya...statistik selama 5 tahun pula seramai 74 323...tidak sampai hati untuk melihat lebih ramai lg anak2 dilahirkan tanpa nasab yang sempurna..Allah... ya Allah, kenapa hambaMU ini hnya mampu utk mngeluh...?? tidak adakah sebarang tindakan yg patut aku laksanakan..?? andai negara Malaysia yg dimegahkan dgn slogan SATU MALAYSIA melaksanakan hukum hudud, banyak impak positif yg kita akan dapat dan lihat....antaranya:
1- kes2 jenayah semakin berkurangan apabila hudud dilaksanakan
2- kes2 yg berkaitan dgn perkara yg tidak bermoral dan maksiat, seperti zina dan rogol berkurangan apabila hukuman rejam dan sebat dijalankan

saya betul tak faham mengapa ada pihak yang tidak bersetuju jika hudud dilaksanakan di negara kita..andai jawapannya hudud adalah zalim..pastinya mrk melakukan kesilapan yg sgt besar...sedangkan Allah itu tidak menzalimi hamba2NYA...hudud dilaksanakan bg memberi iktibar kpd..satu PENJENAYAH..dua,ORANG2 RAMAI..agar tidak tersilap langkah melakukan perkara2 yang tidak bermoral..Hudud dijalankan juga sebagai langkah utk mengawal diri dari melakukan dosa...nahh, jelas bhw HUDUD TIDAK MENZALIMI BAHKAN MENTARBIAH DIRI....

Tapi ada beberapa pihak menjawab, kita hidup di Malaysia secara majmuk...itu jawapannya?? yg berkata itu seorang muslim..mana perginya aqidah dan iman mrk...?? mrk tidak mempercayai hudud seperti mrk tidak mempercayai Allah...sama juga pihak yg menghina hukum hudud, seperti mnghina Allah..pasti pembaca dapat menilai siapakan mrk..SIAPAKAH MEREKA??? ...heiii..!! sedar ke tidak...?? Allah yg mngeluarkan hukum itu..hudud itu hukum dari Allah bukan dari makhluk...!! dan lagi satu, kalau hidup bermajmuk sebab tidak boleh dilaksanakan hudud ini, HUDUD ni kan dilaksanakan HANYA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH..tidak ada kaitan dgn bangsa atau agama lain....!! silalah kembali ke pangkal jalan bg mrk2 yg berkaitan...dikhuatiri aqidah goyah dan syahadah terbatal...bawa-bawa bertaubat ye..Sesungguhnya Allah penerima Taubat...masih belum lambat utk anda bertaubat...^.^

Agak-agak pembaca, apakah tindakan yang sesuai utk mengelakkan kes2 zina meningkat saban tahun..?? takkan kita nak biarkan statistik bilangan anak2 yg tidak berdosa dilahirkan dgn hina meningkat saban hari...?? cadangan ana agar......menyegerakan perkahwinan..kerana saya kira antara faktor kes2 zina meningkat, kerana tidak dapal mngawal diri..namun ibu bapa masih lg hidup dengan suasana zaman dahulu..apabila anak2 mrk menyampaikan hasrat utk berkahwin pd usia muda...mrk akan meraguinye..orang2 lain pula akan mengata " dah gatal sgt nak kawen...!" , "abeskan blaja dulu, keje bru kawen..!" ...jadi, anak2 mrk akan mnggunakan jalan yang buntu tanpa pemikiran yg waras...seperti kawen lari atau berzina...Allah..sedangkan ibadah kahwin itu telah digariskan dlm islam apabila mampu utk berkahwin..bukannye ditentukan umur berapa, selepas belajar atau sebagainya...
jadi buat ibu bapa, jgn halangi anak anda utk membina masjid dari menconteng maruah semua pihak...
untuk yg bergelar LELAKI: simpanlah nafsu anda hanya kepada isterimu yg halal...
untuk yg bergelar WANITA: simpanlah aurat dan tubuhmu utk yg halal bagimu...
KATAKAN TAK NAK PADA BERCOUPLING....!! yang menambahkan lg doasa yg sedia ada...


Oleh itu, pesanan untuk diri dan kawan-kawan semua, sama kita perbaiki diri dan upgrade kan iman...moga setiap langkah dan tindakan kita diredhai Allah..amin...success 4 all...^^, sekian utk post kali ini, maaf terkasar bhs..
JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...DAN JANGAN ULANGI KESILAPAN HARI INI PADA HARI ESOK...
assalamualaikum wbt...(",)



Friday, March 11, 2011

::ape nk jadi dh ni....??? haii :::

2011 : Majlis makan malam dijamu dengan tarian dan persembahan separuh lucah di PUTRAJAYA


assalamualaikum.........
maaf kerana diri ini tidak dpt meluangkan masa berkongsi ilmu, isu semasa dan sebagainya..untuk post kali ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi isu semasa yang menyentuh mengenai adab dan tatacara sebagai seorang muslim mahupun muslimah..walaupun, paparan kali ini telah lama berlalu, tapi saya pasti ada antara sahabat yang lain tidak mengetahuinya..saya rasa ada tanggungjawab untuk kongsikan bersama semua...

Gambar-gambar diatas adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..

Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..

Gambar pertunjukan ala 'Tiger show' ini dirakam ketika hadirin sedang leka dengan penari/model separuh lucah..mereka bukan sahaja 'dijamu' dengan tarian dan persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang, memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini..

Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah
dari bangsa Melayu, yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa ternyata telah melampaui batas dan mencemar maruah Islam...apa reaksi mereka? kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam gambar2 ini..

Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau negara jiran seperti Thailand..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, PUTRAJAYA, menjadi pusat aktiviti ala jahiliah ini!

Bantah 'Hub Hiburan' Najib!

Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di SINI..

Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi menangguh atau membatalkan cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang menyokong Hub Hiburan Najib ini??..klik di SINI..

Ambil tindakan

Untuk yg terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..

Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!

Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...







Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak
menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.

Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.