Followers

Tuesday, July 20, 2010

::menjadi kenangan::

gambar: kenangan bersama abang dan angah di airport mesir....sebelum angah berangkat ke tanah air...



Tanggal 16 julai 2010, angah pulang ke malaysia...setelah sekian lama tidak pulang selama 3 tahun...ibu dan ayah menanti saat2 kepulangan anak mereka...setiap tahun seorang demi seorang balik malaysia...kemudian kembali ke perantauan...
Maknanya, kami semua tidak berpeluang utk berkumpul satu keluarga di Malaysia..sedih sangat, tidak seperti dulu..teringat masa kecil2 dapat bermain sama2, bergurau sama2...ketawa sama2..sedih sama2..
sebelum tido, bercerita dan berbual2...
kenangan tetap menjadi kenangan...
yang berlalu takkan berulang semula..

semoga kepulangn angah di tanah air, membawa seribu makna kpdnya..membantu masyarakat yang kini terlalu dahagakan ilmu agama...semoga ALLAH permudahkan segala urusannya....amin..
angah...
smoga kita semua mendapat nagah kabir dalam imtihan yg kita telah lalui...
krn itulah harapan ibu dan ayah..

yang tidak baik menjadi baik...
yg baik menjadi lebihh baik...
moga juga...
kita semua kuat dan tabah menghadapi ujian..
demi ujian..
dalam perjuangan yang kita pilih...
demi agamaMU Tuhan...
kami cekalkan jua..

sampaikan salam dari diri yang jauh di perantaan ini kpd ibu dan ayah tercinta...dan adik2 yang ku sayangi...(-_-)

Tuesday, July 13, 2010


Assalamualaikum wbt....di kesempatan ini, suka utk saya uwar-uwarkan bahawa HEWI BKPJM akan membuat program khusus buat mahasiswi2 di bumi Mesir ini khusus bg pelajar2 dari Negeri Johor..Untuk makluman semua, program ini adalah program sulong yang di jalankan di Bumi Mesir ini...Pelbagai program menanti anda...

Tidak lupa juga, program MHI ini menjemput mahasiswi2 utk turut serta kpd BKAN2 angkat iaitu Negeri Sembila, Negeri Kedah, furuk di ZaqZiq dan Tanta...kedatangan anda utk turut serta amat di alu-alukan..


Program MHI ini adalah salah satu program yg bakal diadakan sepanjang program ANNUAL FESTIVAL dari 18 julai sehingga 25 julai 2010 sempena Hari Keluarga pada tahun ini.Selain program MHI ini, pelbagai aktiviti lain menanti anda semua seperti jaulah, rehlah, aktiviti sukan dan aktiviti2 yang menarik.....janganlah melepaskan peluang yang paling bermakna ini..dan mungkin inilah kenangan yang boleh kita abadikan bersama...(-_-)

Tuesday, July 6, 2010

::tidak rugi mencari ilmu::

Alhmdulillah...selepas tamat imtihan, diri ini masih diberi nafas , kaki ini masih mampu berjalan mencari ilmu ALLAH s.w.t...sebanyak mana pun ilmu yang kita dapat..tidaklah sebanyak ilmu yang ada pada ALLAH...ibarat setitik air dari seluas air di lautan...subhanallah....

walau macam mana pun...ALLAH mahu menguji kita sama ada...kita berusaha atau tidak untuk mencari ilmu...walau susah payah sekalipun, banyak ujian yang ditempuhi bahkan melakukan banyak pengorbanan untuk pergi ke suatu tempat untuk mendapatkan ilmu..ALLAH ak
an membantu kita ketika perjalanan ke syurga insyaALLAH...seperti mana sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya "barangsiapa yg menempuh satu perjalanan utk mencari ilmu,maka Allah akan permudahkn bgnye jalan menuju syurga''


sebenarnya kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya belajar di masjid Azhar kali ini dan apa yang saya lalui sepanjang perjalanan ke sana...semoga sahabat2 terhibur dan sama2 beramal...(-_-)

Hari berlalu seperti biasa...di dalam rumah seperti masih berada di Malaysia..apabila keluar dari rumah..seperti masuk dlm orang arab..huhu pelbagai kerenah yang dapat di lihat tiap hari...

Kerana hati yang tekad utk pergi talaqi di Jami' Azhar...sanggupku tempuhi segala2nya..krn ALLAH sentiasa bersama dgn org2 yang berjihad...kan2..??
Seperti biasa kami menaiki 2 bas utk sampai ke sana..yang mengambil masa lebih kurang 20 minit...dengan kesesakan lalu-lintas, kesempitan yg luar biasa ketika berada dalam bas...terlalu lama menunggu nasib utk mendapatkan tempat duduk setelah lama berdiri di dalam bas...walaupun berpusu-pusu org2 arab masuk...huhu kami cekalkan jua hati..yang saya risau dan terlalu khuatir andai terbatal wuduk...satu masalah utk mengambil wuduk...bukan seperti di negara sendiri..

setelah beberapa minit, saya mendapati tempat duduk yang berhampiran dgnku kosong setelah org itu bangun utk turun ke destinasinya...waaa...betapa bersyukurnye di hati ini...tanpa membuang masa, saya pun duduk dgn perasaan bersyukur dan gembira dari berdiri selama 20 minit lamanya...

tanpa ku sedari, jeng jeng jeng... apa dia..?? huhu rupanya, orang yang duduk di sebelahku adalah seorang mahasiswa.....haa?? tidakkk...ya Allah tebalnya muka pada waktu itu...tidak terukur rasanya tebalnya...huhu kami terus terkaku tanpa mngeluarkan sebarang bunyi....

pelajar2 lain yang berada dalam di dalam bas itu ramai juga kerana tujuan yang sama....mana nak letak muka masa tu...andai duduk sebelah org arab..tidaklah semalu duduk sebelah mahasiswa negara sendiri...MY GOD....huhu nasib menyebelahi diri..kerana mahasiswa tersebut turun ke suatu tempat...alhmdulillah, nasib baik tak sama tujuan...jika tidak...................huhu

Akhirnya, kami sampai di perhentian bas...kemudian berjalan lebih kurang 10 minit...ketika berada di atas jalan...tidak pernah sunyi dari bunyi hon...kadang2 seperti masing2 kenderaan ingin memperdengarkan bunyian hon mereka..kadang membuat telinga ni hampir pekak...huhu agak2nya andai bunyi hon di tempat kita tanpa sebab...apa yang akn berlaku..?? adakah di lemparkan senyuman..? atau di lempar selipar...? huhu

Satu lagi...kenderaan2 di sini memang sukar memberi peluang kpd pejalan2 kaki utk melintas...mereka semua seperti mengejar sesuatu yang tiada penghujungnya...bahkan pernah diri ini hampir terlanggar...ya ALLAH,tak pernah berlaku dalam hidupku...seinci shj...huhu alhmdulillah..ALLAH masih memberi peluang diri ini utk menjalankan kehidupan lagi....pada ketika itu, saya bersama abang saya...agaknya, pemandu itu berasa takut krn hmpir melanggarku...dia terus meminta maaf..krn dia anggap org yang berda berhampiran diriku adalah suamiku...takut di marahi agaknya...tahu pun takut..lain kali ..jangan bawa kereta tu laju..!! huhu

Akhirnya, dengan ketabahan kami yang kami lalui sepanjang perjalanan ke masjid ini...kami sampai ke masjid dengan selamat..Alhamdulillah ..syukur lillah...semoga ALLAH sentiasa melindungi kita semua....amin...

Saya akan berkongsi ilmu dgn sahabat2 dalam post yang berikutnya...tidak rugi membcanya...kerana ianya ilmu bukan nafsu...('',)

''moga segalanya berakhir dengan kebaikan''

Friday, July 2, 2010

::Antara dua qiblat::


''apakah doa kamu wahai anak gadis?''
"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud. "Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk
solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh? Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah.

Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

andai ini yang terjadi...maka si suami dan isteri tidak sefikrah dan tidak sematlamat...jadilah ia dua qiblat...iaitu'' kamu duniamu..aku duniaku''...

jika anda gadis, yang impikan lelaki yang soleh...maka, siapkanlah diri anda untuk bersedia segala2nya...lapangkan dada...luaskan minda...insyaALLAH, segala2nya baik dengan bantuan YANG MAHA ESA....

bagaimana pula dengan kita...?? kita ambil contoh yang paling dekat..adakah kita sefikrah dengan rakan2...?? andai ye...alhmdulillah.....andai jawapannya tidak...kita bertolak ansur dan bekerjasama...kerana ingat !! jauhkan dari perasaan ego yang ada pada diri....
wallaua'lam.......

''luaskan minda....lapangkan dada''

selamat membuat praktikal.....(-_-)

Thursday, July 1, 2010

.*mehnah hadir tanda kasih Ilahi*...




Tuhan..
kakiku kadang-kala getar..
utk meneruskan perjalanan..
namun ku gagahkan jua..
kadang-kala ku jatuh..
namun ku teguhkan jua..
tanpa bantuan dari orang lain...

Tuhan..
ku tahu..
di hadapan adanya ujian yang getir..
bahkan sangat getir..
yang sedang menanti kehadiranku...

kehadirannya..
menjadikan hatiku pedih tuk menerima..
jiwaku menderita...
batinku sengsara...
tak terdaya rasanya...
kakiku melangkah..

oh Tuhan...
ujian ini kadang-kala..
memberi keselesaan pada diriku...
yang hadir sebagai peringatan..
kepadaku...

aku tahu...
aku tak sehebat para anbia'Mu..
tidak semulia para aulia'MU...
tidak jua secantik akhlak serikandi2 syurgaMU...

Tuhan..
air mata ini sudah menjadi sahabat baikku..
menjadi saksi tatkala aku dalam kesedihan..
ketakutan menerima dugaan dariMU..

Air mata ada kalanya penyubur hati..
penawar duka..
ada akalnya buih kekecewaan yang menyempit perasaan...
menyesak kehidupan...

aku tahu..
setitis air mata takutkan ALLAH..
persis permata indah..
air mata taubat jua...
persis berlian bercahaya...

ya Rahman...
tuntunilah langkahku ke jalanMU...
basahilah lidahku..
agar sentiasa menyebut namaMU...
ringankanlah anggota badanku..
utk ruku' dan sujud kpdMU...
pimpinkanlah aku agar tidak kesesatan...
dengan kenikmatan dunia fana'..

ya Rahim...
percikkanlah cahayaMU...
kepada jiwaku...
tetapkanlah hatiku hanya kpdMU...

Ya Robbul Izzati..
perkenankanlah permintaanku...
doa hambaMU yang kerdil dan hina ini...
aku tidak layak utk menjejak syurgaMU..
namun tidak sanggup menghadapi azab nerakaMU..
kasihaniku Tuhan....
ku mohon..

****************************************************

sedetik masa yang berlalu dengan sia-sia adalah seribu kerugian. Kitaran masa yang berlalu tidak dapat kita undurkan kembali
Pelbagai peristiwa pahit manis kita lalui sama ada dengan kerelaan diri
atau sebaliknya....


Pada saat jiwa dilanda ujian, kesabaran merupakan kunci penyelesaian utama.
Jangan kita salahkan ALLAH dengan ujian yang menimpa ,
tetapi kembalikan semua itu kepada ketentuanNYA...

Kerana pada suatu perkara yang terjadi itu, terselit pula suatu pengajaran
yang pasti tidak ternilai harganya...
ALLAH2...masyaALLah...

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
''apabila ALLAH mencitai sesorang, DIA akan mengujinya...
apabila hambaNYA bersabar , Dia akan memuliakannya
dan apabila hambaNYA redha dengan ujian itu ,
dia akan dibebaskan drpd bala itu''


nukilan buat diri dan sahabat-sahabat....
sama-samalah kita bermuhasabah...
(-_-)

undangan walimah


alhamdulillah...selamat sampai ke rumah akhirnya...hari ini dapat jemputan walimah ke rumah terengganu....kawan sebaya,,jodoh sudah sampai...alhmdulillah ALLAH telah menyatukan mereka...

yang uniknya..bhs terengganu itu sendiri..tidak lah susah mana utk memahami...cuma beberapa ayat yang mempunyai huruf n di belakang akan di tambah g selepasnya....

yang ana musykil...nama ana turut di tukar...uwaaaa....kelakar...''makanglah fating....'' aik...fatin ke fating..?? sejak bila nama kat ic di tukar nih....huhu

makanan yang dihidangkan berbeza sikit...warna nasi yang berwarna-warni menarik perhatianku....macam sayang nak makan ada jugak sebab cantik sangat nasi nya...hehe
tapi lama-lama suap.. kering juga di pinggan...huhu kemana ianya pergi..?? hehe

biasanya adat ...walimah bagi pelajar2 di mesir ni dibuat..tidak lah semeriah dan semewah di malaysia..yang mana dikendalikan oleh keluarga, sanak saudar, jiran tetangga, rakan taulan dan sebagainya....di sini, membuat kecil-kecilan...yang penting tiada sebarang unsur pembaziran,takabbur...betul tak..?? semoga walimah yang di jalankan secara ikhlas mendapat berkat dari ALLAH s.w.t...amin....

setelah setengah jam berbual dengan pengantin dan sahabat-sahabat yang lain...kami mengundur diri untuk pulang..tapi tak lah undur sangat...huhu ucapan dari salah satu sahabat dari terengganu..''maaflah...ramai yang datang..dok terlayang..'' ya ALLAH kecut perut menahan ketawa....huhu apa-apa pun...setiap bahasa ada keunikannya tersendiri kan..malah tidak rugi untuk mengenal bahasa-bahasa selain dari bahasa kita...

semoga jalinan kasih antara pasangan kekasih ini sentiasa di berkati ALLAH s.w.t... semoga bahagia ke anak cucu...semoga juga ALLAH permudahkan urusan kalian di dunia dan akhirat.....amin..('',)

Mencari erti hidup

Dalam mencari erti hidup
kita sering tersungkur
lalu dengan seribu kesungguhan kita bangun
dengan kekuatan kita berdiri
terus tegap menentang segala aral

Dalam mencari erti hidup
kita sering alpa
dengan seribu janji
dengan seribu madah
denagn seribu khayalan

Dalam mencari erti hidup
kita sering menangis
atas kesilapan lalu
atas dosa-dosa lampau
atas kesalahan lama
atas kejatuhan silam

Dalam mencari erti hidup
kita kenal erti segala
erti persahabatan
erti kekasih
erti gunting dalam lipatan
erti kepayahan
erti kedukaan

Dan...
dalam mncari erti hidup
kita temui sinar bahagia
kita jauhi derita
apabila kita kembali dan pasrah hanya padaNYA
tika itulah
kita temui erti hidup yang sebenarnya..

**********************************************

dalam mencari dan mengenali erti hidup....
kita akan tahu segalanya...
akhirnya kita akan kembali kepadaNYA....
kerana tiada yang kekal melainkanNYA...
kerana hanya kepadaNYA lah kita di hidupkan..
dan kepadaNYA jualah kita di kembalikan...

alhamdulillah...akhirnya berakhir sudah imtihan yang berjalan selama sebulan lebih....setiap mahasiswa dan mahasiswimasing-masing menaruh harapan agar najah....dengan usaha-usaha dan pengorbanan yang dilakukan...

tiada seorang pon dari kalangan mereka yang tidak mahupun kejayaan...segala kesugguhan dan pengorbanan telah dicurahkan demi kajayaan tersebut...suasana banyak berubah...dari malas ke rajin,..dari terlebih tidur kepada kurang tidur, kurang makan,kurang bermmain-main ,kurang melakukan perkara-perkara yang lagha....

kenapa kita perlu takut menghadapi imtihan kuliah..?? tetapi sebaliknya menghadapi imtihan lain yang lebih penting dan mencabar...

kita mungkin menjawab kalau gagal,aku akan menghancurka harapan ibu ayah..yang telah bersusah payah menghantar dan mendidik aku sehingga ke tahap ini...aku juga akan menghancurkan harapan keluarga, agama dan masyarakat...serta negara...bahkan akan di cemuh rakan-rakan yang berjaya dan pelbagai perasaan cemas yang akan lahir terbayang-bayang di ruang mata andai gagal.....

semoga dengan berkat usaha dan pengorbanan yang telah kita lakukan..ALLAH memberi anugerah kejayaan kepada kita...amin....

BI TAUFIQ WAN NAJAH.......('',)