Followers

Friday, April 9, 2010

MAKE-UP INSAN BERNAMA WANITA

kali ini..ana nak kongsi bersama-sama sahabat-sahabat mengenai rasia sebenar ''make-up'' muslimah.....wallahua'lam...selamat beramal..!!

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwah".





*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.





*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.






*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.





*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.



*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.


Thursday, April 8, 2010

WADAH SEORANG WANITA

lama sungguh tangan ini tidak menghinggapi keybord untuk melakar blog...ai..nasib badan..kerana tersesak dalam kesibukan urusan kuliah dan pembelajaran....macam xberapa nak percaya lagi beberapa detik imtihan akhir akan bermula...huhu insyaALLAH dengan berkat pertolongan abang2ku di sini..akan ku gagahkan jua langkah kaki ini..insyaALLAH...itu lah untungnya seorang wanita kerana di bantu teruna2...hehe

jadi..b
log kali ini akan ana lakarkan mengenai wanita.....sebenarnya banyak kelebihan yang ada pada wanita..malah di buktikan dengan dalil2 dari hadis...misalnya....satu riwayat mengatakan''doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang lebih kuat dari lelaki..ketika di tanya kepada Rasulullah mengenai hal tersebut,jawab baginda,''ibu lebih penyayang dari bapa dan doa seorang yang penyayang tidak akan sia-sia....






WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu.
keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti..
ucapannya menepis fitnah dah kemungkaran,membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafaan...


setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah...
buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya....
kezuhudannya tersimpan rapi dek mahligai untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi..

*****************************************

wanita bagaikan permata yang lama terbuka di lembah kejahilan...
kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah di sinari cahayaoleh insan yang berbudi luhur...
Rasulullah telah mengngkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu di kenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang...

tiada seorang wanita pon yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan...
namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat ,
melakukan ape yang di larang...melakukan dosa2 lain..
yang menyebabkan mereka.menjadi penghuni neraka..nauzubillah..
hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai ALLAH....

*******************************

sahabatku yang bergelar wanita......
ingatlah bahawa kita adalah fitnah dunia...
gunakan nikmat yang telah ALLAH kurniakan ke jalan yang diredhai ALLAH S.W.T...
siapakan orang yang mula2 melakukan dosa??
lelaki....
tapi ianya berpunca dari seorang yang bergelar wanita..
jika tidak kerana suaranya, gayanya,tingkah lakunya,sikapnya
yang tidak menggoda lelaki....
mereka juga tidak ingin juga diseksa....
siapa yang meinginkan neraka sebagai destinasi yang terakhir??
tidak bukan...